AIDCNews
– 07/4/16 – Sampai bilakah krisis air di Selangor akan dibiarkan
berlarutan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan
Abdul Aziz.
“Bajet
diluluskan RM800 juta diluluskan yang sepatutnya tidak perlu bajet ini
kalau mereka tanda tangan mengikut proposal Kerajaan Persekutuan.
“Akhirnya bila Tan Sri Khalid (Ibrahim) tanda tangan pun ditangguhkan lagi, (jadi) bertambah lambat.
“Sebab
apa dibuat dua kolam. Sebab musim kemarau, dia takut seluruh Selangor
akan merasa masalah air ini,”katanya pada sidang media di SK Bandar
Sunway, Semenyih petang semalam.
Tambah
Johan, walaupun Kerajaan Selangor di bawah pimpinan Datuk Seri Mohamed
Azmin Ali meluluskan RM800 juta tetapi ia termasuk menguruskan
permasalahan asas air iaitu penukaran paip lama.
“Saya bangkitkan permasalahan paip-paip lama yang mungkin telah mencecah 20 hingga 30 tahun usianya dan kerap pecah.
“Tetapi satu sen pun tidak ada bajet untuk menggantikan paip-paip pecah,”katanya lagi.