KRISIS AIR DI SELANGOR ~ BERULANG LAGI, BILA NAK SELESAI??








KRISIS AIR DI SELANGOR!!Bila nak selesai?
Dari 2013 kami di Taman Bukit Semenyih ini ,sampai sekarang 2016 tiap_tiap tahun pasti alami musim mengangkat air!!

Teruk sangat ke Selangor ini? Perlis nun... kemarau panjang pun tak pernah la kena angkat air,malah air disana laju oowhh. Apa sebab krisis air ini? Pemodenan? Perbandaran tak terkawal atau apa?
Nak bagitau Jer, kecian kami ibu lepas bersalin,anak kecil dll. Semoga dapat selesai segera ya. ~ Umminani







air1.jpg




adun

adun
AIDCNews – 07/4/16 – Sampai bilakah krisis air di Selangor akan dibiarkan berlarutan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz.
“Bajet diluluskan RM800 juta diluluskan yang sepatutnya tidak perlu bajet ini kalau mereka tanda tangan mengikut proposal Kerajaan Persekutuan.
“Akhirnya bila Tan Sri Khalid (Ibrahim) tanda tangan pun ditangguhkan lagi, (jadi) bertambah lambat.
“Sebab apa dibuat dua kolam. Sebab musim kemarau, dia takut seluruh Selangor akan merasa masalah air ini,”katanya pada sidang media di SK Bandar Sunway, Semenyih petang semalam.
Tambah Johan, walaupun Kerajaan Selangor di bawah pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meluluskan RM800 juta tetapi ia termasuk menguruskan permasalahan asas air iaitu penukaran paip lama.
“Saya bangkitkan permasalahan paip-paip lama yang mungkin telah mencecah 20 hingga 30 tahun usianya dan kerap pecah.
“Tetapi satu sen pun tidak ada bajet untuk menggantikan paip-paip pecah,”katanya lagi.
KREDIT KEPADA:https://aidcnews.wordpress.com/2016/04/07/sampai-bila-krisis-air-selangor-berlarutan-adun-semenyih/

Labels: