Kelab Jelajah Alpine-Malaysia (KJA-M) membantu Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) mengumpul dana projek Mendaki Untuk Keamanan-Air Untuk Syria

Hari Isnin lepas Ummi pergi ke Bangi untuk sidang media Memorandum Persefahaman Antara Kelab Alphine dengan Aman Palestin. Bawa Zakkir okay, sebab Zakkir kan masih bf.  :) Berita penuh baca kat bawah, dan semangat juang tu ada, sebab tu pakai tudung Palestin!



Bangi: Penderitaan tujuh juta rakyat Syria menjadi pelarian di negara sendiri mendorong dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bekerjasama membantu menyalurkan sumbangan.

Melalui memorandum persefahaman (MoU) itu, Kelab Jelajah Alpine-Malaysia (KJA-M) membantu Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) mengumpul dana projek Mendaki Untuk Keamanan-Air Untuk Syria pada setiap aktiviti pendakian dilakukan.

Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin Awang Suffian Awang Piut berkata, pihaknya meletakkan sasaran RM200,000 dikumpul melalui projek berkenaan untuk membina lima telaga air bersih di kem pelarian di Syria.

“Kawasan tumpuan untuk pembinaan telaga bernilai AS$10,000 (RM38,845) setiap satu ini adalah di perkhemahan pelarian Palestin di Lubnan yang ketika ini menempatkan kira-kira 1.7 hingga dua juta pelarian Syria.

“Selain itu, kita juga berhasrat membina telaga air bersih ini di Syria iaitu di Damsyik untuk keperluan kira-kira 500,000 pelarian, terutamanya di dua kem pelarian di sana,” katanya pada majlis menandatangani MoU berkenaan, di sini, semalam.
Kepada orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan secara terus ke akaun :

Maybank Aman Palestin 562263010787.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 April 2016 @ 7:14 AM-  HARIAN METRO












Ini antara orang kuat disebalik Aman Palestin - PUAN HASHIMAH SALLEH



 

Klik sini  dan Jom La Sama-Sama daftar sebagai sukarelawan Aman Palestin.
AMAN PALESTIN 

VISI

Menjadi sebuah badan yang menjadi sumber rujukan (Marji'iyyah) dengan mengambil peranan memberikan pertolongan (An-Nusrah) serta sokongan (Ad-Da'mu) kepada rakyat Palestin untuk menikmati kehidupan yang aman sejahtera dengan memiliki model institusi yang profesional dan berkualiti yang meraikan ketelusan, amanah dan kesungguhan (Jiddiyyah).


MISI


Objektif

Antara matlamat utama ialah:

Aktiviti

Bagi memastikan objektif penubuhan Aman Palestin tercapai, pelbagai program dan aktiviti diadakan sama ada di Palestin atau kem-kem pelarian Palestin yang terdapat di Lubnan dan negara sekitarnya. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dan akan dijalankan secara ringkasnya adalah seperti berikut:

Selain aktiviti-aktiviti dan projek di atas, Aman Palestin juga terlibat dalam melaksanakan projek-projek lain seperti Kafah Ibu Tunggal, Projek Pusat Latihan, Projek Pembinaan Pusat al Quran, Projek Pembangunan Sekolah Untuk Anak-Anak Pelarian dan Yatim Palestin, Projek Bantuan Pakaian & Beg serta Projek Pakaian Musim Sejuk.


Kerjasama

Aman Palestin menjalankan kerjasama dengan institusi-institusi kerajaan, institusi swasta, syarikat korporat, sekolah-sekolah, masjid-masjid, badan-badan kebajikan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) di dalam dan luar negara bagi mencapai objektifnya.


Penutup

Kerjasama daripada semua pihak untuk menjayakan cita-cita suci lagi murni ini amatlah dihargai. Hanya ganjaran daripada Allah Ta'ala jua yang selayaknya dan kami bagi pihak rakyat Palestin yang amat-amat memerlukan bantuan mengucapkan jutaan terima kasih.




Labels: