BERPANTANG PART 2 - RAHSIA ANAK SIHAT & AMALAN IBU MENGANDUNG

Rahsia ibu mengandung sampai melahirkan. Hari ini hari ke dua anak bongsu lahir ke dunia. Alhamdulillah tiada sebarang isu, mudah tidur, kuat menyusu dan senang jaga. Malah, hari kedua, doktor cakap adik tak ada kuning@jaundis. Syukur sangat. Apa rahsianya. Rahsianya mudah terletak pada hati. Saat mengandung ibu memainkan peranan utama.




Rajin-rajin baca alquran dan jadikan ianya peneman setiap hari. Apa sahaja surah yang dibaca ada hikmahnya. Setiap kali nak baca,minta izin dan petunjuk daripada Allah swt. Supaya apa ? Supaya anak yang lahir ini ada sahaja rezeki untuk dia. Mudah dijaga,sihat dan mempunyai sikap yang baik seperti Rasulullah s.a.w dan para sahabat.

Dan niatkan supaya anak-anak yang lahir daripada rahim ibu ini bukan sahaja  hormat ibu yang melahirkan, tapi ingatkan anak kita, tanpa ayah mereka juga tak lahir ke dunia. Jangan kerana Syurga dibawah telapak kaki ibu, jasa ayah kita lupakan.

Semoga semua ibu bapa mendapat zuriat yang soleh dan solehah. Serta kita contoh yang terbaik untuk anak-anak kita. Wallahualam.

#umminani
#kelabbloggerbenashaari
#ibusuri #setbersalin

Labels: