BERPANTANG PART 1 - HARI PERTAMA DI HKL LEPAS BERSALIN

17.3.16 Hari ini kira hari pertama berpantang. Masih di ward 4B,HKL. Hari 1st ni rasa macam bersalin di Kedah Medical Centre masa bersalin angah. Semua nurse buatkan. Dari penjagaan ibu sampailah ke baby. Tekan jer loceng, terus nurse respon. Ini pun sebab 1st class agaknya. Sebab masa Maisarah dulu di HDW,Tingkat 1 , kurang special macam ni untuk penjagaan ibu la.
Boleh pula bezakan macam ini kan ;).

Start hari ini dengan breakfast bubur nasi&jagung. Sedap,dan kenyang okay untuk ummi yang berpuasa dari 16.3.16 0001hrs sampai la semalam 16.3.16  2000hrs. Untuk tengahari hari ini walaupun dalam pantang, dapat makan nasi tomato. Dari bersalin dulu lagi, apa yang hospital bagi itu yang ummi makan. Tak adalah nak hadkan. Sini ubat kan ada jer.


Makanan tengahari yang lazat. Alhamdulillah.

Lepas tu, suami datang tengok baby dalam.jam 1230tghari. Duduk tengok baby dan ambik uri bawa balik untuk dicuci dan tanam. (Next entry ummi tunjuk gambar ).


Bergambar dengan abah di hari kedua lahir ke dunia.



Muka adik untuk hari kedua, cubby dan sihat.
Gambar ini send kat anak sedara di kampung untuk tok Perlis tengok.


Sekarang ini prosedure dah lain. Masa Maisarah kena tunggu hari nak balik baru buat screening telinga. Sekarang nurse datang untuk screening one by one. Senang untuk ummi tak perlu jalan jauh ke bawah bawa baby. Tq HKL sebab unah procedure ini.

Ini gambar masa nurse buat screening telinga.



Okay, jumpa di entry lain.

#kelabbloggerbenashaari
#umminani





Labels: