Cara Marziana Shukri berGuru

Assalamualaikum smile emoticon
Pagi ni saya nak share Cara Saya berGuru
Saya mula berguru mengenai bisnes oktober 2012. Seminar pertama saya adalah Fesbuk Power.
Biasanya, saya akan kenalpasti dahulu apa benda yang saya perlu untuk improve bisnes saya kemudian baru saya akan fikir2 untuk cari kelas yang berkaitan.
Contohnya, tahun 2012 saya baru ja terjun dunia bisnes online, dan saya terus nak dapatkan hasil yang lebih besar bila dah nampak peluang.
Mulanya saya cuba cara sendiri dengan tengok page dan profile orang yang saya rasa bisnes dia sama ngan saya tapi banyak postage. Masa tu saya tak tengok dia ni berapa lama dah buat, tapi saya tengok apa dia buat maksudnya ayat macam mana dia post, pukul berapa, macam mana dia menarik orang masuk wall dia dan beli dengan dia.
Bila saya cuba kaji, saya rasa lambat sebab saya tak tau keseluruhannya, Allah Maha Mengetahui, tetiba saya nampak Dr Azizan & Bryan dekat NLKO dan saya attend yg free dulu.
Then bila saya nak buat keputusan hadir ke seminar, saya akan minta pendapat suami saya dahulu .
walaupun saya tau dia akan setuju tapi saya tetap akan tanya dia dulu. Sebenarnya bukan tanya, sebab bila saya dah betul2 nak join saya akan cerita sebab munasabab yang dia kena setuju jugak walaupun seminar tu saya tak kacau kewangan dia.
sebab saya nak pendapat serta restu suami.
Seterusnya adalah , saya akan skodeng facebook dia, komen2 dia, sebelum join seminar. Saya nak kenalpasti apa yang saya akan dapat daripada dia bila masuk kelas nanti.
Bila hari saya nak travel (kalau memerlukan travel) kalau tak, pagi seminar tu saya akan mula dengan Niat.Terutama ketika musafir, saya akan berdoa semoga Kelas yang saya nak masuk ni Allah permudahkan saya faham dan saya dapat apa yang saya cari kemudian balik, saya boleh praktikkan.
Saya berpegang pada apa2 perkara yang baik, bila bermula dengan niat InsyaAllah Allah permudahkan. Kalau kita dah niat pi kelas ni nak tengok skit dia ni nak ajaq apa la... kita akan dapat apa kita niat ja la!
Ni yang wajib saya buat adalah, selepas kelas apa perkara yang saya MESTI praktikkan terus! Sebenarnya bagua bila join seminar yang mahal, sebab saya akan lebih bertanggungjawab untuk praktikkan sehingga dapat lebih daripada yuran saya tadi!
Biasanya saya akan buat sehingga saya dapat balik atau lebih yuran tersebut barulah saya join seminar yang lain yang kosnya mgkin tggi.
Dan seperti biasa, saya takkan join kalau saya tak tau apa yang saya akan dapat di situ. Biasanya saya tak pm tanya speaker tersebut, saya akan baca testimoni dan modul serta tya kwan2 kalau ada yg pernah join.
Tapi percayalah bila kita mula dengan
Niat tadi pasti akan dapat jugak sesuatu dari kelas tersebut.
Selepas seminar biasanya lama2 saya akan terdengar gosip2 atau cerita2 yg kurang best mengenai guru tersebut.
Apa yang saya buat?
Kat sini saya pentingkan diri saya.
Apa saja masalah dia, saya taknak tau terutama masalah peribadi dia sebab bagi saya guru pun orang biasa yang ada buat silap dan ada sejarahnya sendiri.
Saya tak berminat nak melibatkan diri, yang saya tau ilmu yang dia sampaikan saya dah guna atau masih guna dan memberi kesan yang bagus contohnya bisnes semakin maju.
Selain tu, saya berpegang pada hormati guru. Saya tak nak bercakap buruk mengenai guru tersebut walaupun ada yg bercakap kurang sedap mengenai saya.
Saya juga pernah mengajar, apa yang saya taknak mereka yg belajar dgn saya buat, saya tkan buat benda yg sama.
Prinsip saya, saya takkan buat apa yang saya tak suka orang buat dekat saya.
Kita shortlistkan semula point penting ya
1- kenalpasti ilmu apa yang diperlukan
2- Cuba kaji atau belajar daripada seseorang
3- kalau tak puas hati n rasa ada nak tambah lagi cari guru . Biasanya Allah permudahkan bila kita terdetik dalam hati.(Law of Attraction)
4- tanya pendapat org terdekat atau restu suami/isteri.
5- Niat
6- Praktikkan terus untuk dapatkan at least nilai yuran seminar tersebut.
7-Hormati guru.
8- Ni saya tambah, doakan guru tersebut bila teringat dia.