TIPS FELINNA

Sedar tak sedar dalam mencari rezeki dan mengejar kejayaan kita mungkin semakin leka and lalai.

Kita melakukan yg haram di dalam yg halal. …dengan sumber yang tidak berkat dan haram. Kebahagian dan kejayaan hanyalah sia sia sekiranya mengejar dunia dengan rezeki haram.

Banyak tanda rezeki tak berkat antaranya hidup seperti tak tenang, jiwa bergelora sentiasa ingin marah. Masalah bersama ramai org, Hati tidak rasa gembira walau sudah berjaya. Merasa gila kan duit melebihi segalanya.

Apabila kita lupa pada pemberi rezeki makankita sedang terlupa utk berterima kasih, kita rasa kita punca kejayaan kita, maka kita berjaya tapi kita tak solat, kita berjaya tapi kita tak tutup aurat, kefahaman kita .

"Aku macam ni pon aku kuat usaha, aku deserve utk kaya, sbb aku kuat berusaha"

Kita boleh menipu dunia yg kita bahagia, tapi kita tak mampu tipu Allah yg hidup kita sebenarnya kucar kacir..

Kita yg mencipta alasan utk menghalalkan apa yg kita lakukan. Jika detikan rasa bersalah itu ada dlm diri anda, balik lah ke pangkal jalan..Kejar akhirat, dan dunia akan mengejar kita.

InshaAllah #tipsfelinnanadea

------------

Salam selamat pagi , sedikit tips pagi ini.

Ramai mahu jd org hebat. bagaimana hendak mendapat idea yang hebat untuk perniagaan anda.

Jadikan Allah itu keutamaan anda, selalu ingat yg Allah pemilik segala yg anda ada sekarang. Anda hanya meminjam. Sbg peminjam anda kna selalu berterima kasih.

Allah itu maha kaya, malaikat pemberi rezeki itu sentiasa menangis memohon rahmat utk kita. Kita tg selalu lupa siapa kita and ap yg kita ada.

Tips utama utk berasa cukup, jangan hanya pandang mereka di atas kita, pandang lah mereka yg di bawah kita juga .

Semoga harini diberkati semuanya.

-------------

SEDEKAH TANPA DUIT!
.
Kita selalu lupa yg sedekah itu pelbagai cara, jom baca tips kakfel.
.
Ok so ini antara sedekah kakfel pagi ini. Sedekah ilmu.. Tulis status bermanfaat and share. (Niat sedekah ilmu)
.
Kalau takde duit, pagi ni jumpa org tak kenal senyum (niat sedekah senyuman)
.
Nampak ada kereta rushing ke tempat kerja, bagi ja laluan kita dulu dgn bersangka baik takyah maki maki (niat sedekah laluan)
.
Beli nasik lemak pagi ni, ucap salam kuat2, dan nak balik ucap terima kasih dengan suara paling merdu sekali sambil lemparkan vibes positive (niat sedekah mood baik)
.
Nampak sampah sarap angkat dan buang..takyah tunggu majlis bandaraya yg buat shj. (Niat sedekah tenaga)
.
Ok pagi ni pilih antara tips ni dulu dan buat pembaharuan. Kalau cun and paham konsep ni, cer kongsi apa lagi sedekah tanpa duit di komen
#tipsfelinnanadea

Sharing dari kak Felinna Nadea Ed Fattah

----

Kakfel kupas sedikit issue membebankan ibu bapa menjadi bibik kepada anak2.

Harap baca dengan tone yg rendah dan lembut bagi elakkan salah paham.

Adalah releven menyusahkan ibu bapa bagi menjaga anak kita?

-Ada pros and cons-
Ramai org tertekan dgn kos sara hidup dan kehidupan yg menekan hingga memaksa mereka terpaksa menyusahkan ibu bapa dengan menghantar anak utk dijaga sedangkan sekarang masa utk ibubapa berehat.

Ya ibu bapa seronok dgn cucu tapi bukanlah utk ambil alih tanggungjawab sebagai pengasuh sepenuh msa.

Jika kita tahu kita tak cukup wang atau pon kurang mampu ke pengasuh maka tak salah hantar ke rumah mak bapa. Cuma salah bila kita lsg tak bagi duit belanja atau pun bagi belanja sedikit sgt hingga membebankan parent.

Konsep ini sebenarnya salah, sebab tu duit gaji kita tak pernah cukup. Kalau fikir dari sudut lain.

Cuba letak dlm diri, "aku hantar pengasuh rm500 sebulan 2 org anak. Tapi dengan mak .. At least aku bagi rm400 sebulan. So duit gaji tu mesti lebih berkat. Sbb utama hantar rumah mak. Kos yg lebih kurang sama kita bayar kepada mak tapi anak2 mesti dijaga dengan baik. Topup pulak kat atas bonus rm50 duit personal mak. Mak nak jaga anak mesti ada kos sebab tu pengasuh pon charge kos kos tu, tak termasuk kos penat lelah mereka."

"Daripada kita fikir aku hantar pengasuh , rm500. Lebih baik hantar kat mak rm100 shj. Save budget sikit, duit lebih boleh buat beli benda lain"

Habis balance rm300 pengurusan anak tu mak nak dapat mana? Mak kena pakai duit sendiri?

Isu sekarang kita kena memahami di mana kita punya hidup dan rezeki bersangkut paut dgn apa yg kita buat. Kesedaran kita mengenai issue ini adalah, aku pon duit tak cukup sbb tu hantar dekat mak, murah! Tak payah bayar..

Tapi tanya diri, adakah selepas hantar anak2 ke rumah mak secara PERCUMA kita masih senang? Duit kita mencukupi? Tak cukup kan...

Mesti ada yg tak kena dengan cara kita, cara kita fikir, cara kita atasi masalah. Duit tidak datang jika kita kedekut, duit dtg jika kita keluarkan duit dengan banyak.

Sebab tu kalau hantar kat mak sepatutnya jadi BONUS! Sbb kita hantar ke tempat yg selamat, kita bayar bulanan kat mak secara komsisten dalam masa yg sama bantu mak dpt duit lebih, Allah pasti bantu kita dapat duit lebih pulak lps tu.

Kakfel salute mereka yg hantar kepada ibu apa malah sanggup membayar kos lebih sbg tanda penghargaan sanggup menjaga anak mereka.

Pendapat ini ikhlas bukan sbb kakfel tak memahami mereka yg dlm keadaan tersepit tapi kerana kakfel nak bantu anda keluar dari kesempitan. Kena ingat nak jadi kaya bukan dgn duit berjuta, kaya mestilah dgn duit yg berkat. Rm500 akan jadi rm5000 jika kena gayanya.

Kita cuma perlu ubah cara fikir dan bagaimana kita atasi maslaah kita. Hidup ini mudah, kita sukarkan dgn terlalu banyak point negatif atau terlali berkira kira ttg duig sedangkan itu hanya dunia. Bagaimana kita nak menjadikan duit itu hamba kita dan bukan kita hamba duit? Itu yg kita perlu belajar.

Maaf andai status ini mengguris hati sesiapa.
#tipsfelinnanadea



♡ Umminani ♡