TEKNIK P.A.R.I.S

Dr fb : KHAIRUL ZAHRIN

Khas untuk keluarga GSL dan rakan fb saya.
Ini mazhab berniaga dengan fesbuk personal.

Lenggok bahasa dan kata ganti nama diri akan menentukan siapa yang akan follow kita. Sebelum menentukan lenggok bahasa bagaimana yang kita perlu gunakan, lihat dulu siapa prospek kita.

Jika kita menjual supplement untuk abam sado, jangan menjadi seperti akak-akak kerana ianya akan 'menarik' perempuan untuk menjadi follower kita. Gunakan bahasa yang HANYA disenangi oleh kaum lelaki. Gunakan kata ganti nama 'bro-gua' ataupun 'bos-den'.

.
Cerita yang kita perlu update pula adalah berkaitan dengan abam-abam. Jangan cerita bab pin tudung atau tips untuk tambah susu badan. Penuhkan senarai rakan dengan abam-abam, kemudian banyakkan penceritaan mengenai bagaimana untuk menjadi sado. Inilah yang saya katakan sebagai R-Related dalam teknik PARIS. Cerita perkara yang berkaitan. Dan jadikan diri kita sebagai penasihat kepada mereka. Bukan iklan sahaja 20 kali sehari.

.
Selitkan gambar-gambar orang sado sebagai inspirasi kepada friend kita(pastikan menutup aurat, dosa bang).

.
Lenggok bahasa dan kata ganti nama juga akan 'mengasingkan' orang dari fesbuk kita. Contoh: Jika kita menggunakan kata ganti nama 'bro-gua', Dato'-Dato' mungkin tidak akan lagi berminat untuk follow kita. Ada bagus dan tidak bagus untuk kejadian itu.
.

Ini teknik PARIS yang saya kongsikan pada Seminar Furious 5 tempohari.

P - Pick a product.
A - Add prospect.
R - Related stories.
I - Introduce your brand.
S - 'Show off' with testimonials.
.

P - Pilih produk apa mahu jual. Jika anda sudahpun ada produk yang mahu dijual, abaikan langkah ini.

A - Kenali dahulu siapa pelanggan anda. Kemudian penuhkan quota 5000 orang rakan dengan bakal pelanggan anda. Jika jual ubat jerawat, hanya ADD orang yang muka berjerawat.

R - Jika anda berniaga ubat jerawat, tips hilangkan jerawat dan langkah mengelakkan jerawat timbul pada wajah perlu dibanyakkan. Jangan kongsi 10 tips dalam 1 posting. Kongsi 1 persatu. Create awareness tentang bahaya jerawat. Contoh, kalau ada 30 biji jerawat, boleh meninggal. Jadilah penasihat! Perbuatan ini yang akan menentukan tahap engagement kita tinggi atau rendah. Tahap engagement rendah mungkin adalah kerana kita beri tips hilang jerawat pada orang yang tiada jerawat. Iklan terlalu banyak juga menjadi punca engagement rendah kerana kita ada risiko dianggap sebagai 'kedai runcit' atau 'pemakan duit orang'.

I - Mula perkenalkan brand kita. Ceritakan apa yang kita boleh bantu orang lain dengan produk kita.

S - 'Wayang' dengan testimoni. Gebang sikit, "Ini ahkak ni dah pakai produk saya, 7 tahun dah tak pernah naik jerawat".

Banyakkan ulang langkah R. Kerana related stories-lah yang akan menghidupkan fesbuk kita.
.

WARNING!
Kesemua tips di atas tidak sesuai dengan semua orang.

===

Harap perkongsian ini mampu membantu usahawan kecilan yang tak tahu mahu buat apa dengan fesbuk peribadi.

Tekan butang LIKE dan SHARE dan TAG nama rakan anda pada KOMEN supaya tips ini dapat disebarkan kepada lebih ramai orang.
.

Untuk belajar bagaimana mahu dapat LIKE yang banyak bagi posting peribadi, boleh PM saya untuk kemasukan ke dalam Batch Atun pada 16hb Januari. Anda juga akan mendapat Ebook "100 Posting Tarik LIKE" secara PERCUMA.

Salam sayang,
- Abam Tampor-



♡ Umminani ♡ 012- 443 0338