Semoga setiap nukilan ini menjadi iktibar kepada kita semua. Dunia ini berputar , ada masa kita diatas dan ada masa kita di bawah. Jesteru jika kita inginkan kesenangan di masa tua nanti, lakukan yang terbaik untuk ibu. Mereka bukan pembantu rumah kita. Penat lelah mereka besarkan kit adah cukup, sekarang BUKAN masa untuk mereka menjaga anak-anak kita.
Jika kita lakukan , dan ibu kita ada perasaan takut dengan kita, tanya diri, DIMANAKAH kita?
ANAK DERHAKA?
ANAK HANTU?
SI TANGGANG MODEN?
atau ?????
----------------------------------------
Ibu Yang Melahirkan Tuannya ?
Ini merupakan salah satu daripada ratusan tanda-tanda kiamat kecil
yang telah, sedang dan terus berlaku. Ia ada disebut dalam hadis
Rasulullah SAW:
Ketika Rasulullah SAW ditanya oleh Malaikat Jibril as tentang kiamat maka baginda Rasulullah SAW menjawab
“Yang ditanya tentangnya tidaklah lebih mengetahui dari si penanya”
Kemudian Jibril berkata lagi. “Kalau begitu khabarkanlah kepadaku
tentang tanda-tandanya” Baginda Rasulullah SAW menjawab. “Seorang budak
wanita atau wanita merdeka (Al Amah) akan melahirkan tuannya dan engkau
akan melihat para rakyat jelata yang miskin akan tinggal di
gedung-gedung yang menjulang tinggi”
(HR : Muslim)
Di dalam hadis ini ada menyebut perkataan Al Amah. Perkataan Al Amah
ini memiliki dua maksud. Pertama, ia bermaksud ‘hamba wanita’ dan yang
kedua ia bermaksud ‘wanita merdeka’. Para ulama mempunyai khilaf dalam
mentafsirkan kalimah Al Amah ini. Imam Nawawi berpendapat erti Al Amah
adalah ‘hamba wanita’ dan ini yang banyak dipegang oleh para ulama.
Manakala Al Hafiz Ibnu Hajar pula berpendapat ‘wanita merdeka’.
Para ulama yang berpegang kepada maksud ‘hamba wanita’ ini
berpendapat apabila hamba tersebut melahirkan anak hasil perkahwinan
dengan tuannya maka taraf anak tersebut secara automatik menjadi tuan
kepada ibunya sendiri.
Para ulama yang berpegang kepada maksud yang kedua pula iaitu ‘wanita
merdeka’ yang melahirkan tuannya ini mengisyaratkan bahawa akan
banyaknya kederhakaan manusia kepada orang tua mereka khususnya terhadap
ibu mereka sendiri.
PENCERAHAN :
Tafsiran hadis mengenai wanita yang melahirkan tuannya merupakan
tanda-tanda kecil kiamat sudah pun berlaku di zaman para sahabat dan
tabi’in ketika mereka menundukkan kota-kota dunia maka banyaklah jumlah
para tawanan yang menjadi hamba. Lalu hamba-hamba ini berkahwin dengan
askar-askar Muslim lalu lahirlah anak-anak yang secara automatik menjadi
tuan ke
rana mewarisi pangkat tuan dari ayah mereka.
Perihal wanita melahirkan tuannya pada tafsiran kedua pula, kita
dapati anak-anak zaman sekarang dengan sedar atau tanpa disedari sudah
menjadi anak derhaka kepada kedua ibu bapa mereka. Ada anak-anak yang
tanpa segan silu menjadikan ibu bapa seumpama pembantu rumah, membuat
kerja-kerja seperti orang gaji atau pengasuh kepada cucu-cucu mereka.
Walaupun ada yang sukarela dan redha tetapi cukuplah jasa mereka
menjaga, mengasuh dan membesarkan kita selama ini.
Biarkan mereka berehat dan habiskan sisa-sisa kehidupan mereka dengan
menumpukan kepada beramal ibadat, pergi ke tempat-tempat pengajian dan
membaca Al-Quran atau kitab-kitab agama. Bukan bergelumang dengan
kencing berak anak-anak kecil lagi. Sesekali mereka ingin bermesra atau
bermanja dengan cucu-cucu mereka di hujung minggu contohnya memang tiada
salahnya. Tapi itu bukan alasan untuk kita ambil kesempatan di atas
kesunyian dan kebaikan mereka !
Senario zaman ni, rata-rata kita tidak dapat nak tunaikan hasrat
seorang Emak atau Ayah yang kesunyian dan rindu pada anak-anak mereka.
Kita jarang-jarang dapat penuhi hasrat mereka. Sepatutnya, kita sebagai
anak yang pergi pada rumah orang tua kita, bukan sebaliknya. Alasan yang
kita selalu berikan, kita sibuk, tak ada masa, tak dapat cuti.. kerja
bertimbun nak kena siapkan ontime.
Dulu waktu kita masih bayi atau kanak-kanak, Emak tak pernah mengeluh atau beralasan untuk menguruskan kita.
Kalau balik rumah Emak pula, Emak akan tanya nak makan apa.. Emak akan
masakkan sedap-sedap untuk kita. Sepatutnya kitalah yang masak untuk
Emak. Macam pelayan restoran pula kita buat pada Emak kita.
Ada juga anak-anak yang sanggup memeras ugut ibu bapa sendiri
semata-mata mahukan wang ringgit. Ada juga yang tidak segan silu
mengherdik dan memarahi orang tuanya di khalayak ramai sekiranya
kehendaknya tidak dipenuhi.
Trend menghantar ibu bapa yang sudah tua ke rumah-rumah kebajikan
orang-orang tua pula semakin menjadi-jadi. Alasan mereka tidak sanggup
menjaga ibu bapa kerana sibuk
dengan hal-hal kerjaya, kebajikan ibu bapa mereka lebih terjamin atau
mereka tidak akan kesunyian lagi kerana ada ramai rakan seusia dan
seuzur mereka di sana. Alasan yang semata-mata untuk menghalalkan
perbuatan derhaka mereka.
KESIMPULAN :
Banyakkan mohon keampunan daripada Allah SWT dan mohon dijauhkan menjadi
sebahagian daripada golongan seperti dalam hadis ini. Janganlah jadi
tuan pada Emak sendiri. Emak bukan hamba, tetapi dia lah ratu hati kita.
Jadi, perlakukanlah dia seumpama ratu atau permaisuri kita, pastikan
seekor nyamuk pun tidak menginggapi Ibu kita. Beruntunglah mereka yang
masih dikurniakan Emak dan Ayah yang masih ada di dunia ini.
Wallahu a'lam…
Kredit kepada :