ALLAH ADA DLM HATI ANAKKU

JIKA RASA 'TAK BEST' SEBAB SELALU MARAH ANAK, PERKONGSIAN INI ADA TIPS YANG BOLEH DICUBA
.
Pernah tak anda hadapi masalah 'berperang' bila balik rumah?

Sudahlah penat seharian di tempat kerja, balik dengan meredah 'jem' yang kadang menyebabkan hari dah gelap baru kita sampai di rumah. Buka saja pintu, baru ingat nak relaks di sofa yang empuk...tiba-tiba...seorang anak berteriak menangis kerana lori mainannya rosak tak mahu berjalan. Yang lagi dua orang bergaduh berebutkan pencil warna. Rumah pula bersepah dengan mainan di sana sini.

Allahuakbar, manalah tak berperang dibuatnya.

Ada satu soalan yang masuk ke inbox saya bertanya soalan ini: "Nak minta pandangan dr...  Cara tangani kemarahan...  Panas baran seorg ibu..."

Bila saya baca soalan ini, perkara pertama yang terlintas di fikiran saya ialah..jeng jeng jeng... 'aku pun sama' hehe. Mengaku saja, sebenarnya saya juga ada sisi itu. Mama yang tiba-tiba bertukar menjadi cikgu disiplin siap ada rotan hehe.

Sebab kita juga manusia, emosi tak menentu. Kadang balik rumah dengan kepala yang kusut, 'bateri' tenaga tinggal 10% dan perlu di 'charge' segera. Masalahnya baru saja nak charge, rumah sudah terlebih dahulu dilanda ribut taufan. Tuan-puan pun boleh teka apa yang jadi selepas itu.

Lama kelamaan ia menjadi satu 'rutin' yang akhirnya buat saya terfikir 'apa yang sebenarnya saya inginkan dalam hidup ini?'

Saya kerja dari pagi balik petang, meninggalkan anak kecil yang sepatutnya sayalah yang menjaganya sebagai seorang mama. Saya kata agar kehidupan lebih selesa. Tapi di manakah 'selesa' itu jika perkara pertama yang saya lakukan ialah membebel dan marah-marah ketika balik dari kerja?

Lihat anak, ada saja yang tak kena. Lihat pasangan, ada saja yang ingin di complain.

Saya selalu marah diri sendiri. 'Aku kata aku kerja kuat untuk anak-anak, tapi anak-anaklah orang pertama yang kena marah'. Hanya kerana tertumpah air, hanya kerana mereka terjerit-jerit ketawa saat bergurau adik beradik.

'Allahuakbar, apa sebenarnya yang aku cari?'

Betapa dalam hidup ini kita cuba melakukan yang terbaik dan bekerja keras namun terkadang kita lupa apakah sebenarnya yang kita inginkan.

Jawapannya saya jumpa pada ayat ini yang sangat terkesan di hati:

“Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu”
(Surah Al Fajr, 27-30)

Ya Allah, bila baca ayat ini, seolahnya Allah beritahu 'whatever you do, all you really want..adalah jiwa yang tenang'

Jiwa yang..apapun masalah yang datang dalam hidup, orang kata 'dalam hati ada taman'. Subhanallah, rupanya Allah dah bagi jawapannya dalam Quran. Kita kerja keras, kita besarkan dan didik anak-anak, kita bersolat mengaji, kita bersilaturrahim..semuanya untuk kita mencapai satu pekara: jiwa yang tenang. Hati yang redha dan diredhai.

Buat puan yang bertanya dan para pembaca budiman yang mungkin juga mengalami situasi ini, izinkan saya berkongsi beberapa tips yang mungkin boleh digunakan. Tips yang saya amalkan dan alhamdulillah bonding saya dengan anak-anak kuat walaupun ada masanya saya jadi cikgu disiplin yang garang.

Saya percaya, tips ini bukan perkara baru. Sekadar satu perkongsian yang moga-moga bermanfaat buat saya dan para pembaca:

1. Peganglah jawapan yang Allah berikan itu saat kita melangkah kembali ke rumah selepas seharian bekerja. Katakan dalam hati: 'I am going to see my loved ones. This is our happy moment'. Kalau boleh, tampal nota di mana-mana sebagai friendly reminder.

2. Happy moment bukan bermaksud kita tak marah anak. Jika kita perlu tegur kesalahannya, ia mesti dilakukan dan pastikan anak-anak sedar kesilapannya.

3. Tapi bila mood kita OK, ambillah peluang itu sehabis baik untuk katakan pada anak 'sayang mama kat kakak'. Sambil makan bersama atau tengok tv, peluk anak atau sesekali usap kepalanya sambil kita katakan 'sayang anak mama ni'. Walaupun anak kita masih leka menonton tv saat itu, tapi sebenarnya kata-kata kita itu sampai ke hatinya hingga ia tahu yang 'mama sayang saya'

4. Bila anak buat perkara yang baik yang menggembirakan kita walaupun sekadar menolong kita mengambil telifon di tingkat atas, pujilah dia sehabis baik 'Baiknya anak mama ni, thank you sayang tolong mama. Good sayang. Mesti Allah sayang kakak kan sebab tolong mama ni' sambil picit pipinya yang comel atau hidungnya yang cute.

5. Carikan satu aktiviti yang kita boleh lakukan bersama dengan anak-anak yang boleh buat kita gelak-gelak bersama. Tanpa perlu keluarkan wang dan tanpa perlu keluar dari rumah. Contohnya, saya dan anak-anak suka bermain 'dinasour' di mana saya akan jadi dinasour yang akan mengejar anak-anak sampai mereka berlari lintang pukang sambil ketawa tak kering gusi dibuatnya. Saya suka sangat moment ini. Dapat buat 10 minit pun sudah cukup menggembirakan anak. Abahnya pula suka bermain 'horse'. Abah duduk di kerusi, kemudian anak-anak duduk di kaki abah. Konon-konon masukkan duit syiling 50 sen, tiba-tiba horse bergerak (kaki abah) dan mereka punyalah suka (walaupun bergerak setempat hehe).

Supaya, walaupun ada masanya kita marah..ada masanya kita kurang sabar melayan karenah anak-anak, tapi anak tahu yang kita sayangkan mereka. Kerana ada masanya kita tergelak bersama. Ada masanya kita memeluk dan memujinya.

Tips di atas adalah antara elemen dalam Teknik ADHA (Allah Dalam Hati Anakku). InshaAllah dalam seminar pada 13 Disember ini saya akan kongsikan lebih lanjut dan secara terperinci tentang bagaimana menyemai 'bonding' anak kecil dengan Allah sehingga mereka mudah mendengar kata dan suka buat perkara yang baik.

Malah rupanya, apabila kita melakukannya..secara automatik kita sendiri akan jadi mak ayah yang 'full of love'. Kita yang terlebih dahulu akan menjadi ibu bapa yang mudah menunjukkan kasih sayang, hanya dengan satu teknik yang santai.

Untuk maklumat lanjut, layari:
--> http://www.furqanworks.com/seminaradha/

Dan dapatkan yuran istimewa 'Early Bird' dan anda jimat RM 70 ;)

Semoga tips ini bermanfaat.

FB: Dr Siti Ujila Official
24 November 2015

#TeknikADHA
#IslamicParenting
#IslamicParentingNetwork