KLCITY GRAND PRIX





9 OGOS 2015
1100AM
Hari ini ada jamuan makan sempena sambutan hari raya office suami di MCC, KDNKA. Jadi lepas hantar suami ke tempat kerja , kami pergi KLGRAND PRIX 2015 di KLCC.

Kami park kat parking KLCC, dan jalan keluar melalui pintu kedai COACH.
Mula-mula, kami cari lokasi nak tengok perlumbaan.
Dapat berdiri kat menara untuk petugas sequrity ambik video. Dan kebetulan kat situ , tempat permulaan. Selesa bagi kami stay situ, sebab tak perlu nak dukung angah dan along.

Jam1155 mula 1st game. kereta nissan dll. 
Lepas tu ummi dah letih dalam 1250tgh ummi ajak anak-anak balik. Kami keluar melalui jalan lebuhraya bertingkat. 

Inilah namanya rezeki. Main redah jer sebenarnya. Tengok ada pula LAMBORGHINI dan FERRARI parking kat sini.

Apa lagi, alonng dan angah kecoh la nak turun, sebab ada parking tepi jalan jer, bibik dengan adik sarah duduk dalam kereta dan ummi bawa anak-anak turun bergambar.

Huishh, seronok sakan.
Angah  :" ini FERRARI Angah, angah punya"

Siap cium , peluk si angah dan along kereta masing-masing.
Feeling sakan.
Takpe ummi doakan anak-anak ummi jadi anak soleh dan dapat kereta impian masing-masing.

Jom layan gambar.
Biar gambar berbicara.

"Angah nak belajar bersungguh-sungguh nak beli kunci FERRARI"
ini ayat keluar dari mulut angah. 

:)













































Labels: ,