06072015 Unit Waran Tangkap Trafik Bukit Aman , kami plan untuk berbuka puasa sama-sama sebagai aktiviti tahunan kami.
Alhamdulillah , segalanya berjalan lancar.
Walaupun kehadiran tidak semua anggota , tapi suasana tetap meriah.
Jom layan menu yang disediakan :
Kuih muih yang disediakan banyak sangat . Ini anyaranya agar-agar ke puding kacang merah,
Banyakkan kuihnya, berbaloi untuk merasa setiap satu.
Pelbagai jenis kuih dan agar-agar .
Ini bahagian dessert. Walaupun banyak, tak semua dapat masuk ke mulut. Bukan rezeki, sebab perut dah full tank .:)
Ini di bahagian luar,set buffet sekeliling swimming pool ini. Ada macam-maca juadah, kerang rebus, abc, air sirap dll.
Kami sampai awal, dalam jam 6pm dari pejabat sebab sebelum tu ambik anak-anak dan bibik dulu di rumah. Lepas tu, singgah solat asar di pejabat, baru gerak ke VISTANA HOTEL KL.
Ala, gambar tak berapa jadi, its okay, nampak sikit-sikit kan.. ;)
Sakan anak-anak ummi, Mustaqim dan Muhaimin dengan gaya OPPO.
Bergaya sakan. seronok dapat jalan-jalan walaupun tak puasa.
Nampak selerakan, fuh..rojak ni kalau makan di waktu tengahari sedap lagi ini.
Peninjau meja buffet makanan .
Bibik gaya datin berbuka puasa kat hotel ;)
Ini dengan sahabat dan kenalan pejabat. Dengan merekalah saya bekerja dan mereka sangat baik dan selalu bagi kerjasama yang baik .
Sudut paling larisss dan ramai peminat , kambingggg .
Alhamdulillah Ini baru part 2 . Apa berlaku next part 3 yer .
Labels: berbukapuasa, buffetramadhan, VistanaHotelkl