Najib Assadok







24 MEI 2015 hadir program Internet Momentum oleh Najib Assadok
Lokasi  : Bangunan MCA .


"
Hari ni saya cuma nak share sedikit pengalaman sepanjang menjalankan perniagaan secara online (perniagaan internet) sejak tahun 2009. Walaupun agak panjang sedikit tapi saya yakin ia akan memberi anda inspirasi & idea lepas baca artikel ni.
Alhamdulillah saya bersyukur dan berterima kasih kepada Allah SWT kerana hari ini saya telah memiliki sebuah perniagaan dan team yang membantu saya menghasilkan jualan 5 angka dengan keuntungan bersih lebih 80%.
"
|"Betullah apa mentor saya kata, What U Give, U Get Back!Saya juga berjaya memiliki kereta impian saya iaitu Mercedes Benz C200 dan Toyota Vellfire pada 2012 dan 2014.Tapi… Hidup saya dulu tak macam ni…
Peringkat awal bisnes ibu saya tak setuju dan sangat marah bila saya buat keputusan untuk fulltime dlm bisnes. Katanya saya tiada masa depan disebabkan keturunan kami tidak ada yang berniaga. Dlm masa yang sama kehidupan keluarga saya sangat susah ketika itu yang rumah pun hanya menumpang rumah arwah datuk saya.
Dan perkara paling saya bimbang ialah keadaan rumah yang sudah uzur. Maklumlah rumah tu dibina awal tahun 50an. Ibu saya sering meluahkan perasaan beliau alangkah indahnya kalau beliau dapat memiliki sebuah rumah milik beliau sendiri.
Perkara ni sangat-sangat menyentuh hati saya.Berulang kali saya minta restu dari ibu supaya sentiasa mendoakan KEJAYAAN saya dlm bisnes & dapat capai impian beliau dlm masa 1-3 tahun.Cabaran saya tak habis kat situ jer, nak tau apa lagi cabaran yang saya hadapi ? Teruskan bacaan…

"

link :

http://najibasaddok.com/bisnes-saya-pun-penuh-cabaran-beb/