Membeli kereta atas nama syarikat.

oleh :
Ainon Mohd.


Membeli kereta atas nama syarikat.

Banyak peniaga tidak membeli kereta atas nama syarikat. Mereka membeli kereta atas nama mereka sendiri.

Sebagai contoh, mereka membeli kereta atas nama mereka, bukan atas nama syarikat.

.

Keuntungan membeli kereta atas nama syarikat:

+ Apabila kereta itu dibeli atas nama syarikat, semua kos penjagaan kereta itu dapat dimasukkan ke dalam akaun syarikat. Jadi, syarikat yang membayar kos-kos itu, seperti roadtax, insurans, servis, repair dll.

+ Kos-kos pembelian dan penjagaan kereta itu mengurangkan keuntungan syarikat. Dengan itu ia dapat mengurangkan cukai keuntungan yang mesti dibayar oleh syarikat kepada LHDN.

+ Disebabkan syarikat sudah membelikan kereta untuk kegunaan rasmi kita, maka kita tidak perlu mengambil gaji yang banyak. Ini membolehkan kita mengurangkan cukai pendapatan peribadi kita.