Anis Choc Moist Cake


Anis Choc Moist Cake

IBARAT LAYANG-LAYANG
Nak menjadi jutawan, perlu tahu tent
ang analogi layang-layang ini.Bila kita nak naik ke atas, ibarat nak naikkan layang-layang.Makin tinggi layang-layang, maka makin kuat angin menolak.Lagi tinggi nak naik, lagi kuat kena pegang layang-layang tersebut supaya tidak terlepas talinya.
Bagaimana nak menjadikan kita kuat memegang layang-layang tersebut?.

1.BERSYUKUR
Barangsiapa yang bersyukur, Tuhan akan tambah lagi.Orang yang sering bersyukur ni pasti dia dapat memegang tali tersebut dengan kuat kerana bila layang-layang masih di bawah, tapi dapat diterbangkan angin juga dia dah bersyukur..maka Allah tolakkan layang-layang melalui angin ke tempat yang lebih tinggi.Dan dia akan bersyukur lagi..Dan Allah akan beri lagi..
Tapi, bagaimana nak tahu orang ini bersyukur atau tidak adalah sama ada orang ini.....

2.BERSEDEKAH
Adalah sama ada orang ini bersedekah atau tidak.Bila orang yang bersedekah, bermaksud dia bersyukur.Kerana orang yang memberi ni adalah orang kaya.The moment you memberi, you start kaya kata Guru kami.
Memberi adalah lebih baik dari menerima.Semakin naik, makin banyak kita kena beri..Jangan tunggu zakat fitrah baru nak bagi, malulah dengan Tuhan.Kalau waktu Aidiladha tu..1 bahagian lembu pun takkan tak boleh korban? Duit akan datang bila kita KAYA JIWA.Macamana nak kaya jiwa? Denngan selalu memberi lah datang kekayaan jiwa..Sebab orang yang jiwanya tak kaya tak mungkin dia boleh memberi..

3.BANYAK SUJUD PADA ALLAH

Untuk pegangan tali layang-layang kita menjadi kuat, kita kena lebih banyakkan sujud kepada Allah.
Lagi banyak kita sujud, lagi.banyak kita akan dapat.Tapi kalau solat selalu tak sempat tapi mintak rezeki dari Allah, boleh ke macam tu kata guru kami.Sujud bukan setakat solat wajib sahaja.Nak tahu dia ikhlas atau tak, dia akan buat lebih dari yang diwajibkan.Makin tinggi naik, makin banyak kena sujud.Makin perlu merendahkan diri.

4.SUCI
Orang yang selalu sucikan diri adalah orang yang lebih dekat dengan Allah dan Rasul, maka sudah pasti Allah dan Rasul akan membantu dan bersama-sama kita.
Sucikan diri dengan Istighfar setip malam sebelum tidur, dan membuat 2 rakaat Solat Taubat serta minta ampun dengan Allah.
Bila kita banyak bersuci, rezeki yang kita buat bertambah berkatnya.Keberkatan ini dapat di rasai bila kita buat sikit je, tapi hasilnya WOW..Kalau tak berkat pulak, duit banyak tapi bocor.

5.SELAWAT
Selawat ini adalah paling terbaik sekali.Dalam al-Quran Allah suruh kita buat solat, berzakat dan sebagainya. Tapi bila bab berselawat ni, kata Allah, "Sesungguhnya Aku dan Malaikat berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.


Sekali kita berselawat , Allah selawat balik 10 kali.Setiap kali dia berselawat, Allah naikkan darjat 10 kali.Bila kita berselawat, kita dapat pimpinan Rasul Junjungan kita ini.

Semuanya simple dan senang sangat nak buat kann..Tapi ramai yang tak buat . Kalau yang simple macam ni pun tak boleh buat, macamana nak buat tindakan luar biasa? Macamana nak jadi jutawan?..
(Semua ini petikan kata-kata Dr Azizan Osman. Bukan kata-kata saya..Tq Doc! )

Start je dengan yang simple dulu yer...Jom kita beristighfar 100 kali dan berselawat 1000 kali sehari.Jommm..... smile emoticon
💖Indahnya hidup dengan istighfar, berselawat, bersyukur & bersedekah..💖