MENGAMBIL KESEMPATAN ATAU MEMBERI PELUANG

MENGAMBIL KESEMPATAN ATAU MEMBERI PELUANG

OLEH : PROF MUHAYA
Apabila kita hendak memberi, usahlah kita berfikir sama ada orang yang meminta itu mahu mengambil kesempatan ke atas kita atau pun tidak? Kalau dia menipu kita bermakna dialah yang berdosa. 
Sebenarnya di dunia ini manusia ada tiga jenis-.

 1)manusia yang buta mata hati. yang menganggap orang meminta-minta itu menyusahkan dan tidak tergerak langsung hatinya untuk memberi. 

2)manusia yang suka menghukum orang atas nilaian luarannya, biarpun baru pertama kali menemuinya. Iaitu apabila dia melihat orang yang meminta-minta itu, dia membuat nilaian sendiri, contohnya dia akan berkata, “Mengapa dia malas bekerja? Sepatutnya dia bekerja supaya dia tidak meminta-minta daripada orang”. 

3)manusia yang tidak berkira. Iaitu manusia, yang apabila datang orang yang meminta kepadanya, dia tidak banyak soal terus memberi dengan ikhlas, bersangka baik dan berharap dengan pemberiannya itu orang yang meminta-minta itu akan berubah.