Brand awareness


Khairul Zahrin Abd Karim

Bila sudah ramai orang LIKE status kita,
Binalah tribe kita sendiri, secepat mungkin.
Bagaimana untuk tribe?
Tribe bagaimana yang kita perlu bina?
Cari satu benda yang orang suka.
Mungkin awak pernah perasan yang posting awak berkenaan sharing ilmu bisnes mendapat rating yang tinggi.
So, keep posting-lah.
Supaya orang mula fokus kepada kita atas dasar ilmu itu. Dan mereka sentiasa menanti untuk kita beri dan beri lagi.
Sebagai contoh, saya sendiri.
Dulu, selepas kelas branding Tuan Fazli Little Trees di Sungai Petani, saya share di Fesbuk apa yang Tuan Fazli kongsi di dalam seminar.
Saya lihat, 'wow ramai yang nak tahu'.
So saya post lagi.
Hasilnya 'eh makin ramai orang LIKE'.
Lepas itu saya mula faham,
'Oh ramai orang mahukan ilmu branding rupanya'. Jadi, saya teruskan share.
Share.
Share.
Share.
So saya sudah bina tribe 'orang mahu belajar branding'.
Tapi seminar yang saya join itu sehari sahaja. Takkanlah nota yang saya catit mampu saya post di Fesbuk selama setahun.
Jadi saya cerita pula tentang hashtag.

Hashtag saya kaitkan pula dengan brand awareness. Still about brand. Jadi, orang yang minat mahu belajar tentang brand akan tetap follow saya.
Faham kan maksud saya di situ?
.
There is no fixed formula bagaimana orang akan sentiasa follow kita di Fesbuk. Tapi, u better try than do nothing.

Keep posting.
Cari sesuatu yang orang suka.

Then, cari lagi benda yang lebih kurang sama dan post lagi.
Selepas pergi seminar atau membaca buku, share apa ilmu yang anda dapat. Tak akan kurang ilmu kita bila kita share.

Malah makin bertambah.
Banyakkan membaca dan belajar.
Ramai manusia suka berkawan dan follow orang banyak ilmu.
Banyakkan sharing ya