Bisnes adalah bisnes.

APABILA TUAN BUKHARI RAMLI BERKATA.

Bisnes adalah bisnes. Mana ada bisnes online atau offline. Karut belaka. Demikian rupa bicara Tuan Bukhari Ramli. Bisnes telah wujud beratus malah beribu tahun sebelum ada radio, tv, internet, Facebook, Adwords dan sebagainya.

Bisnes akan terus wujud beratus malah beribu tahun lagi selepas Facebook, Google dan Instagram tutup.

Jangan la macam tu. Asyik-asyik sibuk sangat dengan bisnes online.
Kalau boleh, saya mahu suruh semua orang buat bisnes offline.
Online ini hanya TOOLS dan CHANNEL saja. Serabut sangat dengan tools dan channel tapi tak faham apa itu bisnes, apa itu MENJUAL, apa itu PELANGGAN.

Dengar baik baik:

Buat iklan Facebook bukan satu bisnes.
Buat website bukan bisnes.
Buat Instagram bukan bisnes.
Mencari cara iklan murah bukan bisnes.

Buat bisnes ialah bisnes!

Fokus kepada perkara penting yang tidak boleh tidak, mesti ada pada bisnes.

Sekali lagi mahu ulangi, Bisnes telah wujud beratus beribu tahun sebelum ada Facebook, Instagram dan online marketing.
Belajar online marketing BUKAN KEWAJIPAN untuk buat bisnes.

Tolong keluarkan pemahaman ini daripada kepala anda.
Saya pun tidak pasti siapa atau apa yang install ketololan ini.

Buat duit dan buat bisnes dahulu. Jual barang dan dapatkan duit. Buka mulut dan jual barang pada orang keliling. Buka mulut dan jual barang yang diperlukan kepada orang yang memerlukan.

Apabila sudah ada pelanggan, soal siasat dia: apa lagi dia mahu, mengapa dia beli, mengapa dia beli A tak beli B, kalau dia tak beli A apa kesengsaraan yang berlaku pada dia, apa motivasi terbesar untuk dia membeli A, apa yang buat dia tak tidur malam bla bla bla.

Apabila sudah ada duit dan sudah tepu market orang sekeliling: baru laburkan duit tadi untuk mula belajar dan buat iklan dengan BETUL.

IKLAN: gunanya untuk menyokong dan memperbesar bisnes.
Jangan guna iklan sebagai longkang untuk membuang duit.

Iklan akan jadi longkang duit kalau anda tak faham apa itu bisnes, apa itu model bisnes (bahasa kampungnya: bagaimana bisnes buat duit dan kos-kos yang tertanggung oleh bisnes), apa itu iklan, kenapa buat iklan, apa pelanggan mahu, kenapa pelanggan membeli bla bla bla.

Kalau anda tidak boleh buat duit dengan pemasaran percuma, jangan mimpi boleh buat duit dengan pemasaran berduit. Ia hanya akan membuatkan orang lain berduit dan anda... well, kurang berduit!

Laung Tuan Bukhari Ramli lagi,

"+ Bahagikan segmen pelanggan. Setiap segmen ini TIDAK mendapat layanan sama. Kerana setiap mereka punya keperluan dan kehendak berlainan.

Kejar segmen pelanggan yang berduit dan mampu untuk ambil pakej mahal.
Jemput 500 orang untuk event khas. 100 orang datang.
Daripada 100 orang ini, 70 orang ambil pakej membership berharga RMxxx.
Kos dikeluarkan: RMxxxx (untuk 100 pelanggan).

Pulangan: RMxxxx (daripada 70 pelanggan yang ambil pakej).

Banyak lagi channel lain selain Facebook .
Nak bisnes saja, fikir Facebook. Nak menjual saja, fikir Facebook.
Ada banyak channel.Kenapa terlalu taksub dengan Facebook?

Bunyi macam soalan mudah. Tapi kerana tak pernah tanya soalan inilah, banyak bisnes seolah-olah mental block. Tak boleh fikir channel lain.

Jawapan ada dalam diri kita. Perlu belajar korek dan tak terus lompat kepada jawapan yang sama orang lain buat. Buat lebih, fikir lebih, tanya lebih daripada orang lain, insyaAllah kita akan dapat lebih daripada orang lain.

Tuan Bukhari Ramli mengamuk lagi -

"Apakah perbezaan antara strategi dan taktik?

Taktik adalah bagaimana sesuatu perkara itu dilaksanakan secara spesifik: menyapu lantai. Strategi adalah apa sebenarnya yang kita mahu capai: memastikan lantai bersih

Visi adalah sebab mengapa kita mahu capai perkara itu: kita mengutamakan kebersihan demi kesihatan fizikal dan mental.

Taktik: menulis sesuatu (yang spesifik) yang bermanfaat di Facebook
Strategi: membina kebolehpercayaan dan kredibiliti
Visi: meningkatkan nilai sosial dan berkongsi ilmu yang bermanfaat

Perhatikan:
1. Taktik boleh berubah, mungkin bukan di Facebook, tetapi di Twitter. Mungkin jika tiada Facebook dan Twitter, tiada masalah, pasti ada channel yang lain.

2. Melakukan taktik sempurna 100% (menulis dengan bagus bagaikan ahli filsuf handalan di media sosial yang tidak dilawati) TIDAK AKAN BERGUNA jika ia tidak menyokong strategi (tiada orang membaca maka kredibiliti tidak terbina).

3. Taktik tidak 100% sempurna (tulisan hari ini tidak begitu bagus), tidak mengapa asalkan ia tetap menyokong strategi (menulis secara konsisten, maka lama-kelamaan persepsi bagus terbina juga).

Tuan Bukhari meminjam kata kata Seth Godin:
Here's the difference: The right strategy makes any tactic work better. The right strategy puts less pressure on executing your tactics perfectly.

Haaa ambik beberapa bijik tumbukan padu. Saya mencatat menyerap ilmu dunia baru.