AYAT BISNES TIDAK PATUH SYARIAH

PESAN GURU BISNES
----------------------------------

Dalam agama, tidak boleh menjual ataupun membeli 'benda' yang diistilahkan sebagai hasil (outcome).
Contoh ayat 'hasil' yang tidak patuh syariah:
* "Jika anda mengikuti program ini, anda akan jadi luar biasa."
- 'anda akan jadi luar biasa' adalah hasil
* "Jika menjual produk ini 20 kotak seminggu, komisyen satu kotak RM80, kamu sudah dapat RM1,600 seminggu".
- RM1,600 adalah hasil
* "Guna produk XYZ, anda akan jadi putih dalam masa 7 hari sahaja."
- Cantik dalam 7 hari adalah hasil
* "Jika kamu beli mesin air ini, kamu boleh menjual air dan mendapat untung sehingga RM100K setahun!"
- untung RM100K setahun adalah hasil
Sumber: Puan Ainon