Terima kasih kepada kak Haslina Ali

--------------> Terima kasih kepada kak Haslina Ali




Disaat saya menulis catatan ini , melinang air mata bersyukur kehadrat ilhai kerana dengan kurnia-Nya dapat saya bekenalan dengan keluarga ini walaupun di facebook sahaja.

Saat pertama bersua muka , ketika AMP 2013 di dalam surau, saya ketika itu bukan siapa-siapa, rasa BEST melihat kak ina menggayakan koleksi Sri Munawwarah Design . Saya menegur kak ina, cantik baju dan harganya pasti mahal. (saat tu saya rasa mahal sangattt). Alhamdulillah kini saya dapat menjadikan koleksi Sri Munawwarah sebahagian daripada koleksi almari saya. Rupanya bukan mahal pada nilai harga, tapi MAHAL pada nilai sebaliknya.

Dalam hati saya merasakan ada sesuatu yang menarik untuk saya ikuti wanita hebat ini. Saya di terima sebagai rakan fb. Setiap masa saya akan sentiasa follow fb beliau.

Saya rasa masyaallah, anak- beliau ketika itu ‪#‎feyais5‬ pandai membaca, melukis, menulis. HEBAT. sejak itu saya nekad saya akan terus follow beliau. Saya mulakan langkah mendidik anak pertama , dengan cara saya,yang mana Allah swt beri petunjuk, saya usahakan untuk mencapai seperti apa feyaa perolehi. Bijak, pandai dan talented. Alhamdulillah kini anak sulung saya MUSTAQIM 4 tahun 9 bulan dengan izin Allah swt dah berjaya membaca , menulis seperti feyaa ketika 5 tahun. Saya sangat terinspirasi dengan cara ibu ini mendidik anak. 

Kini membaca fb beliau , bagaimana anak beliau Ameera Shaheera berjaya hafaz 30juz al-quran, saya nekad! saya mesti usahakan untuk anak-anak saya seperti mana beliau berjaya beri didikan terbaik kepada puteri-puteri beliau.

Saya yakin dan percaya, dengan izin Allah swt, setiap gerak hati dan doa ibu Allah swt pasti makbulkan. Kuasa Visualisasi, insyaALLAH dengan izin Allah swt.
Semoga kak Haslina Ali terus memberikan inspirasi kepada semua .

Ameen.
‪#‎catatanummi‬