Sharing dari DRAH dan Ellzada. Pemilik Butik yang meraih jualan jutaan ringgit dalam bisnes yang diusahakan.

Perkongsian dari Cikpuan Elliyin Rasif.

"Serba sedikit yang boleh saya kongsikan tentang Personal Branding & Positioning di SOCIAL MEDIA FB & IG (kat fizikal world lain pula)




 Mula2 kita perlu pilih ciri-ciri yang mahu dikaitkan dengan diri kita. Sebaik-baiknya ciri-ciri ini hendaklah tema-tema yang bersangkutan dengan bisnes @ hidup kita dan tidak bercanggah dengan sesuatu yang kita represent.

 Positioning dalam personal branding adalah berkenaan apa yang ORANG LAIN akan RASA & FIKIR tentang kita. Apa tanggapan orang tentang kita. Ianya adalah persepsi yang boleh didorong.

 apabila orang sebut nama kita, apa yang akan terbayang di fikiran orang yang mengenali

TIPS utk org bisnes:
+ bila nak upload gambar, uploadlah gambar yang sharp dan terang. Gambar blur dan tak cukup pencahayaan, terangkan dahulu. Boleh guna apps Pic Tap Go. Saya guna apps ni utk tingkatkan kualiti warna gambar. Kualiti gambar lebih penting lagi jika di IG.

+ kalau upload gambar diri, make sure dalam keadaan yang elok. Janganlah kelihatan comot dan tidak terurus. Gambar candid boleh tetapi bukan yang boleh sabotaj imej diri. Know which and what to share. Impact we-fie adalah lebih baik dari selfie utk imej usahawan.

+ kongsikan informasi yang VALID sahaja. Elakkan dikenali sebagai org tukang copy paste atau tukang forward nnt ada risiko orang pertikai IQ kita sbg bisnesman.

+ ceritakan kejayaan dengan seni ayat yang sesuai untuk imej orang bisnes. Gunakan bahasa teratur, encouraging dan berkualiti. Kita mungkin dinilai daripada ayat kita sebelum orang memilih untuk talk atau sharing. Bahasa yang baik boleh menaikkan 'saham' untuk dijemput memberi sharing dan talk. Semakin banyak pentas, kredibiliti meningkat--- ini menaikkan modal diri & modal sosial. Orang mahu berkawan-kawan dengan orang di atas pentas.

+ pantau 10 post terkini di wall FB kita. Elakkan content bersepah2 dengan tagging dan sebagainya. Kebanyakan orang yang mempunyai ramai followers di FB akan activate function REVIEW TAGS di timeline kita. Pilih-pilih posts berkualiti & tidak redundant sahaja untuk terbit di wall kita. Kita boleh pilih untuk wall kita menerbitkan post kita sahaja jadi followers lebih fokus terhadap konten daripada kita.

+ buat content-sharing secara konsisten. Elakkan menyepi 2-3hari. Sekurang-kurangnya 1 post sehari supaya jelas akaun kita aktif dan menarik minat orang utk berkongsi.

+ elakkan buat statement yang merendahkan diri sendiri. Perlu rendah hati tetapi tak perlu merendah-rendahkan diri. Label yang kita beri kepada diri kita akan beri kesan kepada imej. Hati-hati dengan label yang kita gantung pada diri kita.

+ jangan terlalu menjual produk/bisnes kita. Cerita tentang bisnes tapi tak perlu suruh-suruh beli. Setiap 10 posts, 1 post sahaja untuk SERVICE RECOMMENDATION. Selebihnya tentang perkara lain berkaitan bisnes, buah fikiran, pengalaman dan cerita-cerita yang menyumbang kepada pembinaan imej dan positioning

+ banyakkan cerita tentang bisnes bisnes bisnes yang blh dihadam oleh orang yang tidak berbisnes"