PETIKAN MINGGUAN MALAYSIA (KOLUM PROF DR MUHAYA) TOPIK: SIAPA MEMBENTUK IMEJ DIRI KITA (BAHAGIAN 3)


Tiga perkara yang ibu bapa tidak boleh lakukan dalam mendidik anak-anak, terutama pada peringkat awal pembesarannya:-


2) menghukum anak-anak dengan cara kekerasan.
Kanak-kanak berusia 0 hingga 6 tahun, pada waktu ini perlukan sepenuhnya kasih sayang. Rahsia atau tenaga yang paling besar menjadikan dunia ini nikmat adalah kasih sayang. Kanak-kanak yang dididik dengan kasih sayang akan membentuk imej dirinya menjadi seorang yang penyayang.

Kalau mereka dibesarkan dengan kebencian dan kritikan, mereka akan belajar membenci orang dan suka mengkritik serta mencari kesalahan orang. Puji dan berilah penghargaan kepada anak-anak. Anak-anak yang sering dipuji dan diberikan penghargaan akan tinggi semangatnya, ceria dan bertenaga.