PETIKAN MINGGUAN MALAYSIA (KOLUM PROF DR MUHAYA) TOPIK: SIAPA MEMBENTUK IMEJ DIRI KITA (BAHAGIAN 1)




Imej diri kita dibentuk sejak kita kecil. Sama ada positif atau negatif imej diri kita banyak bergantung kepada beberapa faktor yang saling pengaruh mempengaruhi, yang memberikan impak kepada imej diri. Selain ibu bapa, orang yang memberikan impak kepada pembentukan imej diri kita ialah, keluarga terdekat, guru-guru dan kawan-kawan.

Waktu yang paling penting pembentukan imej diri adalah bermula ketika usia seseorang 0 hingga 6 tahun. Pada peringkat usia ini, minda kanak-kanak analoginya umpama span, sama ada cecair yang jernih dan keladak yang berada di sekitarnya, semuanya diserapmasukkan ke dalam span.

Begitulah yang berlaku kepada kanak-kanak berusia 0 hingga 6 tahun ini, apa-apa yang mereka lihat dan dengar semuanya dirakamkan dalam minda bawah sedar/minda segar mereka.