[ ORANG PALING BANYAK PECAH EGO AKAN BERJAYA ]


Anis Choc Moist Cake

[ ORANG PALING BANYAK PECAH EGO AKAN BERJAYA ]
Saya tengok ramai yang masih tak ke mana bisnesnya. Pegi bermacam-macam kelas tapi masih ketinggalan dari orang lain.
Kenapa?..
Salah satu sebab yang saya nampak ialah ada sesuatu yang belum pecah!..Ada sesuatu yang belum breakthrough!..
Kata kat orang sebelah, apa yang belum pecah tu?...
Hihihii..
Yang belum pecah sebenarnya ialah EGO dia!..
Bila dah ok sikit bisnes dia, dia dah lupa diri. Ego semakin meninggi. Dia dah start dahhhh...Semua orang buat dah salah. Dia saja yang betul.
Yang bestnya, bila bagi nasihat dan pandangan, cepat-cepat dia nak tukar topik lain. Topik yang untuk develop diri dia, dia tak nak dengar.

Pastu rupanya, skill untuk 'connect' dengan orang sangat menghampakan. Dah lama tak jumpa orang, tak buat sales, tak pujuk rayu orang untuk terima produk kita...Patut la makin menebal ego.
Orang yang berjaya sebenarnya adalah orang yang selalu praktis untuk pecahkan ego dia!...
Macamana dia praktis?..Dia start dengan buat sales. Dia start dengan pujuk rayu orang atau dengan kata lain approach orang untuk terima produk dia.

Untuk pecah ego, buat direct selling atau orang panggil multi level marketing is a good start sebenarnya.Ataupun sama juga dengan menjual insurans. Bisnes ni mengajar kita untuk pecahkan EGO kita!..Biar berkali-kali dapat rejection!... Barulah kuat!!..

Ini rejection pun takut. Kena sound sikit pun dah nak lari. Macamana nak berjaya?.Patut sales ciput. Cer tengok orang yang sales tinggi buat apa? Dia keluar jumpa orang. Dia keluar buat marketing. Dia bukan dok mengadap orang yang sama je setiap hari. Dia suka berjumpa dengan orang yang baru. Dia suka bina 'connection' dengan orang lain.

Pernah dengar tak kata-kata ni, "Orang yang buat sales adalah orang yang paling kaya di dunia". Lebih kurang macam tu lah bunyi dia.

Sebab apa dia paling kaya?..Sebab dia adalah orang yang paling banyak PECAH EGO!.. Dia asyik buat sales dan asyik kena reject. Kita baru 2 kali kena reject dah tak nak jumpa orang dah?...
Jadi, nak tahu diri kita boleh berjaya ke tak, cer kira berapa kali kita dah pecah ego?.. Berapa kali dah dapat rejection?.. Kalau baru sekali dua, mintak maaf, masih jauh lagi perjalanan...Teruskan perjalanan ye.

Oklah uols, sori berleter panjang lak. Dan sori kalau ada yang terasa. Orang yang berjaya adalah orang yang sporting tau..Boleh kena hentam kiri kanan...hihihi..
Ok, selamat pecahkan EGO semua ya!...
Da daaa....

 Indahnya hati dengan istighfar, selawat, bersyukur dan bersedekah...
‪#‎inspirasianiscmc‬