[ SEMUA ORANG BOLEH MENJADI JUTAWAN TETAPI BAGAIMANA? ]


[ SEMUA ORANG BOLEH MENJADI JUTAWAN TETAPI BAGAIMANA? ]

 hakikatnya, anda tidak boleh menjadi jutawan yang dapat menarik Wang dengan mudah ke dalam kehidupan dengan hanya meniru tingkah laku para jutawan itu. Sekiranya anda pemerhati yang baik, cuba perhatikan Di sekeliling anda bagaimana ramai orang cuba berlakon seperti orang kaya walaupun sebenarnya mereka tidak mempunyai Wang yang banyak seperti jutawan. 

Anda tidak boleh menjadi magnet Wang selagi anda tidak mempunyai mindset jutawan. Dalam bab ini, anda perlu memberikan perhatian yang lebih. Ini kerana, saya menerangkan beberapa kaedah ataupun kunci yang menggunakan teknik kuasa minda bagi mengubah minda anda sekarang kepada minda yg dimiliki oleh para jutawan Dan tokoh yang berjaya Di dunia.

 ' Aku adalah money magnet. Aku menarik Wang kepada kehidupanku. Aku menarik Wang 24 jam sehari, Aku mempunyai jumlah Wang yang besar, Aku bijak mendapatkan Wang ' dengan memahami kaedah yang diterangkan, anda mampu merubah diri dalaman anda Dan secara tidak langsung melahirkan diri luaran dengan keyakinan

.Apa yang penting, keajaiban berlaku selagi anda yakin Dan percaya pada kehebatan anda. Dengan mengubah pemikiran, secara tidak langsung anda mengubah nasib anda. Bergantung haraplah pada ALLAH.