[PERKONGSIAN BUSINESS ONLINE UTK NEWBIE]

[PERKONGSIAN BUSINESS ONLINE UTK NEWBIE]
Bismillah.

Sebelum saya menulis ini , saya dah mohon dari Allah swt agar ini benar dan saya telah meminta pendapat dari kakak saya. Katanya bermanfaat, namun saya alukan jika ada perkongsian yang lain ya.
Pages di facebook.

Penting kerana dengan pages sahaja boleh dilancarkan ads. Setuju?
Pertama, bagaimana untuk letakkan nama pages anda, sekiranya anda bukan Pengasas dan hanya berniaga online?


Bagi saya, untuk mendapatkan like di pages bukan senang dan tidaklah sukar. Namun, saya amatlah menghargai likes di pages saya contohnya, kerana bukan satu kaedah mudah untuk mendapatkannya. contoh pages saya - Rahsia Otak Cerdik Anak Taat Sepantas 7 Hari .

Saya belajar dari sini, namun apakan daya bagi saya untuk menukar nama pages bukan mudah wpun boleh . NIAT NAK BUANG SEPANTAS 7 HARI itu shj , tak mahu mengelirukan org. wink emoticon

Namun , saya bersyukur kerana saya tidak letakkan jenama JUZQ30 sebagai nama pages saya.
Oleh sebab demikian, saya masih boleh masukkan produk lain dan saya tidak terikat dengan mana-mana syarikat mahupun individu lain. Sebagai contoh, di pages Rahsia Otak Cerdik Anak Taat Sepantas 7 Hari ini jugalah saya boleh masukkan apa sahaja produk jualan saya yang berkaitan anak dan keluarga.


Oleh sebab saya sememangnya pengamal JUZQ30 makanan sunnah , saya berminat untuk masukkan susu kambing Nutri Goat Miracle 8 dalam pages ini. Wpun company berbeza, namun saya tiada masalah. Ini sebab, saya usahawan , berhak manage pages saya sendiri. Setuju?


--------> APA SEBAB SAYA TIDAK LETAKKAN NAMA PRODUK sebagai NAMA PAGES?


Nak tahu?
reason saya :


Pertama, saya sayangkan likes saya. Jika saya susah payah naikkan like, namun beberapa lama kemudian company "terminate" saya "let say" okay. wink emoticon saya boleh delete semua gambar berkaitan company tersebut. Namun nama pages dan likes saya masih terpelihara. Saya bebas untuk upload gambar lain, makanan kesihatan lain dan apa sahaja yang saya ingin dagangkan. Setuju?


Kedua :
Tiada siapa berhak menentukan kehidupan dan juga perniagaan saya. Saya yang rancang dan saya yang laksanakan . Syarikat lain hanya lah 1 SYARIKAT yang menyalurkan produk . Itu sahaja. Kita niagakan brg syarikat lain, maka kita untung ..MALAH syarikat juga untung . setuju?


---------------> APA SEBAB SAYA TIDAK BRANDING NAMA SAYA DAN KAITAN DENGAN SYARIKAT?
Reason :
Pertama .
Saya usahawan . Saya tiada kontrak mahupun apa2 kaitan dengan mana-mana individu.


Kedua.
Saya menjaga nama baik saya. Contoh, saya meniaga produk yang diasaskan oleh Dr Tengku Asmadi. adakah layak saya untuk pakai nama , contoh nya Nooraini Tengku Asmadi? Jawapan saya TIDAK. (Dr Tengku Asmadi baik orangnya ya wink emoticon SAYA suka, namun tidak sesuai.
Sekiranya sesuatu syarikat mengalami kejatuhan dan orang perseorangan mahupun pengasas produk itu mempunyai sejarah yang kurang enak. Dihujung nama saya ada namanya, jadi dimana sahaja jika saya kenalkan diri , pasti ada kaitan dengan individu tersebut. Maka tidak adil bagi saya. Saya tidak layak untuk terpalit hal dan kerenah orang lain atas nama saya.


Ketiga :
Berapa lama kita dapat pastikan bahawa kita bersama dgn syarikat tersebut dan org tersebut ? jawapannya tidak tahu. Anda juga mungkin akan diterminate bila-bila masa. (lawak sahaja). Orang bila suka ,maka sukalah, jika tidak ..buang begitu sahaja. wink emoticon
So, untuk perkongsian ini saya cadangkan dengan ilmu Dr Azizan yang saya pelajari, saya suka branding diri saya sendiri. Tidak perlu kita tumpang orang lain. Diri kita adalah kita, perniagaan kita adalah perniagaan kita . Branding hari ini akan membawa kepada anak cucu kita. Buka kedai 8eleven kita sendiri.

Pengalaman saya :
Saya pernah buat MLM , farmasi, dah stop. so , tiada kaitan saya dgn company tersebut.
Saya pernah buat produk wanita, saya tidak menggunakan nama produk kerana syarikat tersebut , kerana kemungkinan diatas terjadi dan dah terjadi. saya bebas delete semua dan sehingga kini saya tiada kaitan dengan penama. BEBAS.
....
Ini sahaja perkongsian ringkas. Sebagai panduan boleh melihat dan gaya kedai online yang best cth :

Rahsia Hawa
@https://www.facebook.com/pages/Rahsia-Anak-Sihat
https://www.facebook.com/kuruscantiksihatjelita

Salam Jumaat daripada saya : Nooraini Nani
yang baik dari allah swt
yang tidak baik dari saya sendiri


mohon berikan pandangan dan komen yang sesuai untuk kita maju menapak dan melangkah dalam business online . bagi NEWBIE.