AURA BISNES BERJEMAAH.

AURA BISNES BERJEMAAH.
Pesan Mak Tok Datin Atikah Ab Ghani..Agen bukan hak milik syarikat. Mereka mencari peluang bisnes. Jika mereka tidak dapat membuat wang, mereka akan berpindah ke syarikat lain.

Penting sebagai pemilik syarikat menjaga hubungan silaturrahim walaupun mereka tidak bersama kita. Design keuntungan "win-win situation". Di atas satu keretapi pelbagai bisnes. Bisnes secara berjemaah.

gambar hiasan 

Ikut cara Nabi Muhammad saw berbisnes. Amanah, jujur dan bijaksana melihat peluang.
Terbanglah Ipin ke mana jua dengan berani dan bijaksana membawa barang dagangan, buka pasaran, cipta peluang. Usah dilayan aura negatif yang akan menarik Ipin jatuh.

Sentiasa dilingkungi mereka yang positif dan percaya dengan kita.
Berada di kalangan kelompok bisnes yang saling menghormati dan saling berkerjasama membawa barangan dagangan masing-masing.

SISTEM.

Bisnes bersistem secara berjemaah dengan teknologi terkini ialah kunci utama kejayaan. Anak kuncinya ialah hati yang tenang, merendah hati dan sentiasa menghormati orang lain.

*Secrets of love*

-abgIpin-
MRSOL

Labels: