LOVE WITHOUT EXPECTATION


Perlukah kita disayangi? Perlukah kita menyayangi? Bukankah itu fitrah manusia? Sentiasa perlukan kasih sayang,perlukan perhatian? Tapi...bagaimana nak dapat kasih sayang kalau kita tak beri kasih sayang?
Saya pun tengah belajar sebenarnya. Untuk beri LOVE dengan seikhlas hati. Beri LOVE tanpa ada motif..tanpa ada sebab..Bukan kerana kita nak dapat projek, kita nak dapat sales atau kita nak dapat kerja, baru kita beri LOVE.. Ada udang di sebalik batu lah kalau gitu...Itu memang tak ikhlas namanya...
Siapa yang boleh beri LOVE terbaik sekali? Siapa ada kucing atau binatang peliharaan lain pasti dia tahu...Ayam beri telur, lembu beri susu,burung beri suara yang merdu..tapi kucing? atau anjing? Dia tak beri apa-apa kecuali LOVE. Dan dia pun tak mengharap apa-apa dari kita kecuali LOVE. Sebab itulah kami sekeluarga boleh menangis semasa kematian kucing kami "Smokey" dulu dilanggar kereta di depan rumah. Setiap hari anak-anak ajak ke tanah kuburnya untuk sedekahkan al-fatihah. We miss her a lot!..
Maksudnya apa? Kita perlu ada LOVE kepada semua orang tanpa bersebab.Kalau kita ikhlas,kita juga akan mendapat LOVE yang ikhlas dan berkekalan. Kalau kita mengharap dan ingin mendapat balasan LOVE dari orang, mungkin kita akan dapat...tapi ianya tak akan berkekalan. Friendship kita akan setakat itu saja. Persaudaraan atau percintaan kita pun akan terputus di tengah jalan.
Perasan tak kaitannya dengan kasih sayang kita pada Yang Esa?Kenapa kita cintakan Dia? Kenapa kita perlukan Dia? Atau...adakah hanya Dia cintakan kita tetapi kita tak ingat pun pada Dia? LOVE pada Dia adakah ikhlas? adakah bersebab? Adakah kita CINTA kerana inginkan pahala atau ingin syurga atau ingin kaya? Itu sajakah sebabnya?..Susah nak explain bukan? Ada perasaan yang special dalam hati kita..Love without expectation....
WALLAHU'ALAM....