KONSEP PARETO 20:80


.
Dalam subjek Building Economy saya pernah belajar tentang konsep ni. Beberapa tahun lepas saya dengar Prof Muhaya ulas tentang konsep ni dalam kehidupan. Konsep Pareto ni sangat luas sebenarnya dan sejak saya dengar Prof ulas saya pegang sebagai rujukan.
.
80% hasil kehidupan kita ditentukan oleh 20% tindakan yang kita ambil. Ok, saya kongsi satu cerita. Seorang tukang kayu sibuk menggergaji. Namun sudah 3 jam belum juga siap. Bila di lihat rupanya mata gergaji dah tumpul. Lalu ditanya mengapa tidak di asah mata gergaji yang tumpul? Tukang kayu jawab "tak ada masa, kalau asah mata gergaji nanti tak sempat siap potong kayu". Sebenarnya untuk asah mata gergaji memang ambil masa, namun lepas tu masa untuk menggergaji dapat disingkatkan dan jadi lebih mudah.
.
Sama juga dalam hidup kita ambil mudah perkara penting. Walhal ia cuma perlukan 20% dari masa dan tenaga kita namun dalam jangka panjang ia beri kesan yang mempengaruhi 80% dari kehidupan. Maka untuk capai 80% dari hasilnya, kenal pasti dan buat 20% yang penting dahulu. Contohnya timba ilmu untuk maju. Proses menimba ilmu inshaAllah akan mempengaruhi 80% hasil kehidupan kita di masa depan.
.
Dalam bisnes, planning, strategi, marketing, ya semua itu penting. Namun ada perkara lain yang juga sama penting. Bukan sahaja faktor luaran yang menentukan kejayaan kita. Faktor dalaman juga sangat penting. Sejauh mana kita benar-benar kenal diri sendiri. Sedalam mana keikhlasan dan ketenangan yang dah kita capai. Adakah kita telah memaafkan masa lalu dan orang sekeliling yang menyakiti kita. Bagaimana semua ini mempengaruhi aura kita yang sangat berkait rapat dengan perniagaan, kerjaya, hubungan dan kehidupan.

Terima kasih kepada Puan  : RINA SALLEH