SAY "AHH!" FOR "ALASAN!

SAY "AHH!" FOR "ALASAN!


Masa mula_mula kerja tahun 2007 sebagai pekerja di sektor awam di komtar ,rasa syukur sangat.
Masa itu gaji dalam Rm1200.0+rasa banyakkk sangat. Silap langkah tanpa ilmu mulakan dengan beli kereta myvi loan 10 tahun tanpa muka.( hahaha skrg gelakkan diri sendiri).


Boleh bayang tak gaji masa tu rasa dah BESARlah sangat!!(mata kat atas tangan di bahu)
Lepas tak sampai setahun, apply kerja lain dlm perkhidmatan awam juga. Gaji naik 4x ganda. Fuh rasa best sangat...! Syukur.

Sebab masa tu , kawan2 masih belajar.maka sendiri pilih nak stop belajar kerja dan buat pjj. Tapi, sampai sekarang ini ingat bahawa ketentuan allah swt itu terbaik.
Kurang 'loan' ptptn , sbb nk belajar x guna ptptn masa degree.
Tahun 2009 hujung tahun, kahwin. Ingat sama2 kerja gaji dah cukup lumayan. Memang happy ...nak beli apa ada dan cukup.
Sampailah bila masa hujung tahun 2011, terlintas di fikiran allah set bukakan pintu hati memikirkan masa depan.


Macamana nak beli rumah, gaji naik setahun rm200+,hantar anak mengasuh lagi.. nak beli beg tangan jenama...huhuhu..dah rasa ni keperitan..hahah namapun wanita kan!!
Masa ini anak seorang.dah mula pikir-pikir...rancang ngn husbnd, mcmna jika anak 2,3 dan 4 ni.
Sampai bila nk hidup biasa-biasa.?

Bila nk p haji ni.takkan umur pencen. Takkan nk menyewa sehingga anak2 dah sekolah. Fuh kami laki bini dah mula panas!


Masa 2012 awal2 ni mula menggagau sana sini nk mula business. Tak pandai lagi masa ni.
Mula2 dgn MLM, terjebak ngn 2 MLM jugalah.keciwa..
Pastu..pergi belajar FB POWER. Mula jumpa rakan-rakan baru awal 2013. Sinilah titik permulaan. Bulan feb 2013. Satu kelas ke satu kelas..kami hadir, sehingga lah kelas IMKK ‪#‎DAO‬ July 2013. Sini baru jumpa, penyebab yg sebelum ni asyik langgar diding.


Allahurabbi..
Syukur sangat.
Jika sebelum ni nak sara mak ayah bagi rm100 pun berkira.lepas kelas IMKK, kami buat apa yg mentor ajar dlm kelas. Sedekah 10% drp apa yg ada. Bagi mak ayah elaun bulanan 300% naik drp sebelum hadir kelas.

Memang nampak hasilnya.
Malunya pada allah swt, sebelum ini ingat solat hajat nak periksa besar jer, nak solat tahajjud dgn solat taubat bila ada dosa jer..tak sedar diri..dosa ni hari-hari buat.
Perubahan demi perubahan kami alami.


Skrg ni kami tak perlu susah payah nak cari rezeki. Sebab guna apa ilmu yg ada kita sebenarnya mudah utk menjemput rezeki berbanding mencari.
Wpun skrg kami business online JER... tapi kami bersyukur , sekurang-kurangnya pendapatan kami sekeluarga meningkat 1/3 drp gaji kami suami isteri.
Nampak ke nampak? Bila matlamat jelas maka, hasilnya akan lebih jelas.
Kami tak malu memulakan sesuatu wpun jual nasi ayam tepi jalan. (Ini tak ramai tahu!).

Doakan hasil drp usaha ini dan barakah drp allah swt hajat kami terbesar adalah menjejakkan kami ke tanah suci bersama keramat hidup kami hujung tahun 2015.
(Doakan yer).


Sebab apa yg kami lalui, kami berani mengajak org di luar sana.marilah bangkit berniaga. Kenapa nk pandang lekeh pada peniaga wpun online , sedangkan anda tak tahu drp online juga boleh beri anda gaji Rm1000-RM4000 sebulan tanpa perlu susah payah.

Tak der ilmu, cari ilmu.
Tak der modal buat dropship.
Nak untung lebih, korbankan duit make up sebulan mulakan dgn apa yg ada waima RM199 dah boleh mulakan business.


Jom lah berubah.
Pikir dimana kita 10 tahun akan dtg.
Kalau sakit hosp mana kita nak pergi.
Anak sekolah mana yg terbaik.
Apa kita nk beri pada keramat hidup kita sebagai balasan membesarkan kita tanpa kita berlapar. Masa kita kecil.
Sedar sekarang sebelum terlambat. Menyesal nanti tak berguna.
Hanya menulis drp pengalaman pahit manis kehidupan dr 2007-sekarang.

Jika nak belajar.atau nak kongsikan sesuatu wassap/pm.
Insyaallah mana termampu akan dijawab.
Semoga kita semua hidup bermatlamat dan niat semuanya kerana allah swt.
Mohon maaf jika ada pihak yg tersinggung dgn kata-kata. Tidak terniat cuma sentiasa berdoa agar rakan-rakan di luar sana dimurahkan rezeki hendaknya.amin.

Ummi_nani
‪#‎cantekmanees‬
‪#‎umminanijuzq30‬
*gambar hiasan usahawan drp cantek manees. Mereka juga org yg bangkit demi matlamat mereka.
Tahniah.