INGAT ALLAH DAN TULISLAH

INGAT ALLAH DAN TULISLAH
Jari menjadi kaku untuk menulis dua,tiga hari ini.Teringat kata-kata cikguJune Mohd Som ,
"penulisan jangan terlalu menunjuk-menunjuk.Jangan terlalu highlight diri sendiri.Jangan Ego dan bongkak.Biar orang yang angkat kita menjadi STAR.Bukan kita sendiri".

Kemudian saya mulai konfius.Bagaimana mahu menulis kalau tidak boleh highlight diri sendiri?Lalu saya berhenti menulis dua,tiga hari ini.Hanya menjadi pembaca dan komen post kawan-kawan.
Tapi tadi saya beranikan diri bertanya guru.Jawapannya ringkas tapi sangat terkesan.


"Sblum tulis. Rendahkan diri. Ingat yang menggerakkan setiap sesuatu adalah ALLAH.
Kita tak berkuasa. Maka hasil tulisan akan ego-free.
Ingat Allah dan tulislah.

InsyaAllah. Bila hati memandang ALLAH yg berkuasa, manusia tidak berkuasa. Maka penulisan kita hilang dr bau menunjuk2".

Ouh terima kasih Allah.Menghantar guruku yang mulia sebagai posmen.Terima kasih cikgu Jun.Cikgu Op yang banyak mendidik saya.Moga penulisan saya lepas ini lebih tunduk dan merendah diri.Kerana saya tiada apa-apa.Hanya hamba kerdil yang mahu berniaga di jalanNya..
‪#‎CucoqTrainer‬
‪#‎MinatMenulis‬