8 Cara Menjadi Jutawan

[LIKE, SHARE & COMMENT]




Tips Eida: 8 Cara Menjadi Jutawan

Alhamdulillah.. cukup energy saya terima untuk menulis dan sharing pagi ni.. Sebelum tu mari kita amalkan sedekah AlFatihah buat Keramat hidup kita.. suami/isteri,ibu bapa, mertua, guru-guru, adek beradek kita, anak-anak kita, anak-anak sedara kita, saudara mara kita dan seluruh muslimin dan muslimat yang ada atas muka bumi ALLAH ni.. SesungguhNya Dunia ini adalah pentas lakonan dan kita lah pelakon-pelakon utama itu.. Macam mana kita nak sepanjang kisah kita ni best? Dekatkan diri dengan ALLAH.. Nescaya BEST lah seluruh kisah hidup sahabat sekalian..

Alhamdulillah hari ini saya nak infaq elmu seterusnya.. Saya nak kongsikan 8TIPS CARA NAK JADI JUTAWAN.. tak semua orang ernasib baik lahir terus jutawan.. Ada banyak fasa nak lalui.. ada orang senang nak jutawan.. ada orang susah amat. Apa sebabnya? Sebab tak ada elmu.. Mudah-mudahan bermanfaat buat semua sahabat..
Jom kita amalkan:

7 x Ayatul Kursi, selawat nabi x 1000,
istighfar x 101,

lailahaillallah x 100 dulu sebelum kita teruskan elmu harini..
Bismillahirrahmanirrahim..



Tips 1: Fikirkan Nak Jutawan
Kekayaan bermula di fikiran. Jikalau anda berfikiran negatif mengenai kekayaan, maka negatif lah anda dapat.. MIND CREATES REALITY.. tanggapan kita tu adalah doa.. ia akan menjadi penghalang mental anda. Lepasi penghalang/tembok mental tersebut dengan sentiasa fikir positif tentang kekayaan.

Ayat-ayat macam ni: (”Duit banyak bukannya boleh bawak ke kubur”) merupakan salah satu fikiran negatif yang sering diluahkan. Apa kata anda tukar mindset tersebut kepada, (”Duit banyak, nanti lebih banyak amal jariah boleh lakukan, walaupun kita sudah ke kubur! leh bantu ramai orang”) bak kata ustaz atoq kita buat duit dengan duit.. lagi banyak kita bantu orang dengan duit kita.. lagi banyak duit yang kita dapat.. duit tu apa? duit tu alat untuk kita nak kaya.. kaya untuk apa? untuk bantu lebih raaaamai orang.. kita bukan nak kaya sebab diri kita sendiri.. tapi kaya untung beri manfaat pada insan lain.. kita bukan pentingkan diri..


Sekiranya anda inginkan kekayaan, langkah pertama anda adalah untuk membuang segala fikiran negatif tentang kekayaan. Tembusi benteng pertama yang menjadi penghalang kepada kekayaan- iaitu fikiran anda sendiri. Fikirkan boleh! Yakin Boleh.. Yesssss.. sahabat semua boleh.. Cakap kat orang sebelah.. : Weiiii kau boleh..

Tips 2: Tetapkan matlamat

Dengan keinginan, anda perlu menetapkan matlamat. Keinginan tanpa matlamat merupakan perbuatan yang sia-sia oleh kerana kita tidak tahu arah hala tuju kita. Bayangkan anda menaiki teksi, tetapi tidak mempunyai matlamat destinasi. Silap hari bulan, anda di tendang keluar dari teksi. Dengan mempunyai matlamat, dalam konteks ini, destinasi, maka anda akan dapat menetapkan satu jalan untuk mencapai matlamat anda.


Matlamat bagaikan suatu peta untuk anda sampai ke suatu destinasi (Hala tuju.. serta target..). Tanpa peta yang lengkap, anda pasti akan tersasar dari destinasi anda. Tetapkan matlamat/misi/target yang tinggi untuk diri anda. Sebagai contoh, memperolehi RM1 juta dalam masa 2 tahun bunyinya tidak logik- amat jarang sekali diperolehi oleh seseorang (namun tidak mustahil). Sebab saya dapat kumpul 1.2 juta hanya dalam masa 4 bulan.. TAPIII... Harus ingat..Nak capai matlamat tu.. apakah usaha anda ke arah matlamat anda tu? Namun, memperolehi RM1juta dalam masa 10 tahun adalah suatu yang logik diterima fikiran dan sering dilakukan oleh jutawan-jutawan di Malaysia. Bagaimanakah caranya? Ikuti langkah-lankah seterusnya… Cakap kat orang sebelah: Anda Kaya & Berjaya.


Tips 3: Nak sejuta daya hokehh… (Sebab anda kan nak jadi jutawan.. tu yg jd sejuta daya.. jangan bagi sejuta dalih...)

Matlamat tanpa usaha adalah sia-sia. Matlamat tanpa usaha adalah umpama (”Angan- angan Mat Jenin”). Kekayaan dan kejayaan tidak akan jatuh ke riba kita begitu sahaja. Hendak peroleh wang berjuta? Maka, anda perlu letakkan sejuta usaha untuk merialisasikan impian anda. Tiada jalan pintas dalam mencapai kekayaan- usaha adalah tangga kejayaan. Jika rezeki ALLAH nak beri tu satu kisah yang lain.. semua dengan izin ALLAH.. sekarang yang saya maksudkan kalau kita tak usaha.. hanya duduk diam-diam je kat rumah.. tak buat apa-apa usaha.. tak akan dapat apa-apa.. bukan takat sejuta, rm100 pun tak dapat tu..


Dalam memotivasikan diri anda untuk berusaha mencapai matlamat anda, anda perlu memberi komitmen setiap hari dalam mencapai impian anda. Setiap hari, lakukan sesuatu untuk dekatkan anda kepada matlamat anda. Jangan tinggalkan sehari tanpa melakukan sesuatu walaupun usaha tersebut adalah sedikit sahaja. Perkataan kaizen yang berasal dari Jepun bermaksud improvement sedikit demi sedikit. Dengan sikap kaizen inilah Jepun berjaya menjadi negara maju yang disegani seluruh dunia. Maksudnya harini lebih baik dari hari semalam.. walau kita upgrade sikit je dari semalam.. tu dah dikira baik dari hari semalam.

Tips 4: Pengetahuan & ilmu Pengetahuan merupakan faktor penting dalam membina kekayaan.
Tiada jalan pintas dalam memperolehi kekayaan. Dengan pengetahuan yang lengkap dalam sesuatu industri, ini akan memudahkan anda mencapai kekayaan dan kejayaan.
Cara mudah untuk mendalami ilmu industri yang anda kecimpung adalah dengan cara membaca dan pergi seminar-seminar elmu. Tanam sifat rajin membaca dan jangan berkira untuk sedut elmu. cari MENTOR. Dengan mendalami pengetahuan dalam industri anda, anda akan menjadi pakar dalam bidang anda sendiri.

Satu perkara penting dalam mencari ilmu adalah anda tidak perlu reinvent the wheel. Kejayaan telah dicapai dalam semua industri. Apa yang anda perlu lakukan adalah pelajari dari mereka yang telah berjaya. Saya ulang lagi sekali.. Cari MENTOR.. MENTOR tu adalah mereka yang dah ada results dalam industri yang anda pilih. Dengan mengikuti jejak langkah mereka yang telah berjaya, anda pasti tidak akan tersasar dari mencapai kejayaan juga. Berkawan dan get close dengan orang yang dah terbukti berjaya.. Anda akan dapat tempias mereka sama.. Mulai sekarang kenali rakan anda.. pilih kawan yang boleh bawa anda menuju kejayaan & sentiasa mengingati ALLAH.

Tips 5: Mulakan perniagaan
9/10 rezeki datangnya dari perniagaan. Mereka dari golongan terkaya di Malaysia dan dunia merupakan ahli perniagaan. Amat sukar dan mengambil masa yang lama untuk menjadi kaya sekiranya anda seorang pekerja- namun ianya masih tidak mustahil. Kene menyimpan dan kawal perbelanjaan harian.

Cuba berjinak-jinak dengan perniagaan. Anda terikat dengan pekerjaan 9 pagi hingga 5petang? Tidak mengapa, anda masih mempunyai masa 5 petang hingga 9malam kan kan? kalau saya kadang-kadang sampai jam 3 pagi baru lah tidur. Memikirkan strategi marketing dan apa lagi yang saya boleh bantu. Jikalau anda tidak dapat memulakan perniagaan secara full time, mulakan perniagaan secara part time. Percaya cakap saya.. Saaaangat berbaloi..

Terdapat berbagai-bagai peluang perniagaan di Malaysia. Namun perlu berhati-hati anda tidak terjerumus dengan perniagaan yang melibatkan penyelewengan serta skim-skim cepat kaya dan piramid. Say no to Skim Cepat Kaya.. Jangan terpedaya..

Anda boleh memulakan pengalaman perniagaan anda dengan membuka gerai, franchais, menyertai perniagaan network, memulakan perniagaan dari rumah ataupun melalui perniagaan Internet- macam saya! Saya mulakan perniagaan dari rumah secara atas talian tanpa modal. Saya start dengan cara dropship. Sebab masa tu saya tak ada duit. Jadi saya mulakan dengan apa kepakaran yang saya ada.. itu saja.. Jangan lupa langkah 3 iaitu pelajari ilmu perniagaan berkaitan dengan bidang anda.


Tips 6: Perihal kewangan
Dalami perihal kewangan. Untuk berjaya dari segi kewangan, anda perlu dilengkapi dengan ilmu mengenai wang. Ketahui bahawa kekayaan bukan bererti berapa banyak wang anda perolehi sebulan- tetapi, berapa banyak wang anda dapat simpan sebulan. Seseorang yang berpendapatan RM10,000 tetapi berbelanja RM9,000 sebulan sudah tentu tidak sekaya seseorang yang bergaji RM3,000 tetapi berbelanja RM1,200 sebulan. Kekayaan bukanlah berapa banyak anda perolehi, tetapi berapa banyak anda boleh menyimpan. cakap ngan orang sebelah: Haaa... Ingat tu...


Konsep penting dalam memahami perihal wang adalah konsep compound interest. Maksudnya, pelaburan wang anda yang menghasilkan faedah, kemudiannya keuntungan faedah serta wang pokok anda itu dilaburkan semula. Dengan menggunakan konsep compound interest, wang anda akan berganda dua kali dalam masa 7 tahun sekiranya faedah yang anda terima adalah 10%. Menurut Robert Kiyosaki, penulis buku Rich Dad, Poor Dad, selain dari memulakan perniagaan, cara mencapai kekayaan adalah melalui pelaburan. Kalau takut nak main saham.. laburkan lah dalam saham bank.. maksudnya buat simpanan kat bank.. macam tabung haji atau ASB.
Tips 7: Buat apa yang anda suka
Anda boleh mencapai kekayaan tidak kira dalam apa bidang jua. Satu kesilapan besar yang sering terjadi adalah apabila kita memikirkan bahawa bidang yang kita dalami tidak boleh menjadikan kita kaya. Sering kita fikirkan, industri yang lain boleh memberi pulangan yang lebih tinggi. Dalam buku motivasi klasik Acres of Diomand, penulis mengatakan bahawa senario (”the grass is greener on the other side)” sering terjadi pada setiap insan. Ini bererti, anda akan sering merasakan industri lain lebih membawa keuntungan dari industri anda. Bidang yang lain lebih memberi kekayaan.

Pada hakikatnya, kekayaan dan kejayaan boleh dicapai tidak kira apa bidang pun. Lakukan sedikit tinjauan- kene kaji pasaran utk industri yang anda pilih. Bila dah pilih tu.. dah mula.. buat sampai habis.. jangan buat ni sikit.. tu sikit.. tapi.. kalau satu dah berjaya.. boleh buat benda lain plak.. dan buat sampai berjaya.. anda pasti akan bertemu kisah mereka yang berjaya dan mencapai kekayaan dalam bidang anda juga!

Tips 8: Mereka yang berjaya adalah mereka yang sering gagal
Sejarah sering menceritakan kejayaan seseorang sering kalinya dikait dengan kegagalan di masa yang lampau. Ini adalah sememangnya benar oleh kerana mereka yang berjaya pasti mempunyai cerita kegagalan yang boleh dikongsikan.


Perbezaan mereka yang berjaya dan mereka yang tidak, adalah, mereka yang berjaya akan mengambil kegagalan sebagai iktibar. Tidak kira berapa kali kegagalan mengundang, mereka tidak akan berputus asa. Pencipta lampu mentol, Thomas Edison hanya mencapai kejayaan selepas seribu kali mencuba. Helloooo.. 1000 kali cuba tapi gagal hokehh.. cubaan yang ke 1001 baru berjaya.. Apabila ditanya, bagaimana beliau masih boleh berusaha walaupun gagal begitu banyak kali, jawapannya adalah, dia tidak menganggap dirinya gagal. Dia menganggap beliau menjumpai 999 cara yang salah dalam mencipta lampu mentol! haaa.. itulah pemikiran orang yang bijak dan minat/passion dalam apa yang dia buat.. dia tak akan pernah jemu mencuba. Kenapa kita baru cuba 2-3 kali dan tak berjaya dah rasa down tergolek dok.. main biola bawah pokok ketapang.. Takde hasil pun beb.. hahaha.. ~ peace


Saya saayang semua sahabat saya.. silakan BANGKIT. Saya doakan anda semua KAYA BERJAYA JUTAWAN DUNIA, JUTAWAN AKHIRAT, BAHAGIA, SIHAT TUBUH BADAN DAN DIPANJANGKAN USIA. AAMENNN..
P/S: Siapa belajar sesuatu dari apa yang saya share pagi ni?
Tolong komen: "SAYA JUTAWAN".
Ingat..apa yang kita fikir.. yang kita rasa.. yang kita cakap.. apa yang kita buat/tulis.. adalah DOA. Dan ada beribu malaikat yang akan aminkan.. In shaa ALLAH.. Jangan lupa kongsikan dengan sahabat lain juga yea.. Mudah-mudahan bermanfaat...
Regards;
‪#‎EidaHasan‬
‪#‎JutawanSuriRumah‬
‪#‎TipsEida‬
‪#‎8CaraJutawan‬

Labels: ,