TIPS UNTUK SEGALA HAJAT ( DAN SEGALA MASALAH )



**********************************

- Sesuai untuk semua orang

***********************************

Syaratnya jangan tanya mengapa. Buat dahulu.

***********************************

1) Berhenti menceritakan kesusahan atau hajat kepada orang. Cukuplah semalam. Mulai hari ini tiada orang baru yang tahu kisah dan hajat kita. ( buat biasa saja... )

2) Solat di awal waktu. (Cari jalan . Cukuplah dengan alasan yang sudah-sudah ). Bagi lelaki solatlah berjemaah (seboleh-bolehnya cari peluang untuk berjemaah di surau atau di masjid )

3) Setiap lepas solat doa begini; " Ya, Allah, saya serahkan urusan ini kepada-Mu; berilah jalan keluar yang terbaik ya Allah. Amin. (mulakan doa dengan selawat dan istighfar dan tutup dengan selawat )

4) Doakan orang lain juga (banyak-banyak )

***************************************

Tidak perlu lama:

Jika saudara bersungguh, jalan keluarnya (atau hajatnya ) Allah beri dalam tempoh:

3 hari
40 hari
4 bulan.

************************************
Sekali lagi, jangan tanya dahulu mengapa; buatlah dahulu.

*************************************
Saya (kongsikan rasa yakin ), bahawa apa yang kononnya ( sebelum ini sukar ) sebenarnya mudah sahaja. Kerana apa...?

Kerana Allah sudah bantu kita.

************************************

Saya tidak akan bercakap lebih dari ini.

************************************
ASSALAMUALAIKUM