MMR 1


CERITA PILIHAN MALAM INI (16/10/2014/KHAMIS )

*************************************************
Assalamualaikum Tuan Fathuri,

Saya ingin mengambil bahagian pertandingan mengarang cerita- satu cerita untuk diketengahkan untuk dipertandingkan dan inshaaAllah, jika menang, Alhamdulillah..

*****************************************************

BISNES BERJAYA TANPA MODAL BUKANLAH SESUATU YANG MUSTAHIL

*****************************************************

Pengalaman ini saya ingin kongsikan untuk tatapan umum adalah sesuatu yang amat berbekas kepada saya.

Terpanggil untuk saya memberikan sedikit titipan ilmu untuk diperkongsikan dalam apa-apa saja ruang yang membenarkan saya menulis.

Seperti biasa, saya amat tertarik dengan ayat bagaimana mendapatkan sesuatu rezeki dengan tanpa mengeluarkan sebarang modal.

*******

BISNES TANPA MENGGUNAKAN WANG?

*******

Itulah ayat pertama yang saya scan dalam fanpage MMR

Ini antara pengajaran lepas berkenaan bisnes online yang saya ceburi.

Dari sehari ke sehari saya mula sedar bahawa FB Ads adalah salah satu perkara penting dalam dunia FB.

Nak dijadikan cerita saya mula mempromosikan ebook saya Ad (iklan) di FB.
Sampai satu tahap, saya dapati, peluang yang diberi menggunakan iklan di FB rupanya tidak menjadi.

Puas saya mencari apa sebabnya, akhirnya saya terjumpa perkataan yang dititipkan oleh Tuan Fathuri Salehuddin.

Saya terlihat satu perkataan daripada Tuan Fathuri iaitu ucapan terima kasih beliau berkenaan FB nya bertambah 10,000 TANPA MENGELUARKAN SEBARANG MODAL
(Ayat ini, saya terbaca semasa saya melihat post MMR yang lepas).
"TANPA MENGELUARKAN MODAL?" Itulah soalan terpancul dalam hati saya...

Jadi, apabila saya amati betul-betul setiap post dalam MMR, saya menemui bahawa, kaedah rohani yang memperdekatkan diri dengan Allah lebih hebat dan mampu menumpaskan apa saja kaedah yang kita anggap bagus di dunia ini.

*******************************************

SAYA TERSEDAR DARI LAMUNAN

********************************************

Saya berfikir, apakah yang boleh membantu kita apabila kita mempunyai masalah?

Setahu saya, banyak sangat kaedah itu, kaedah ini untuk mencapai kejayaan...

Jawapan yang saya dapat daripada buku MMR itu sendiri pula adalah...
"Penyelesaian secara rohani"
Bling! itulah jawapan yang saya nanti-nantikan....

**********************************

Jadi, selepas beberapa ketika, saya tersedar sesuatu, selalunya apabila saya nak makan dengan anak-anak saya, saya akan pastikan setiap kali saya ada di meja makan, mesti ada bacaan Basmallah, dan doa makan (anak saya lebih arif terjemah doa ni semasa nak makan).

"Basmalah adalah ayat biasa, tetapi apa yang penting sangat ayat ni?" getus hati saya...
Jadi, saya bingung kenapa penting ayat Basmalah?

*****************

Dengan izinNya, Allah mencetus satu idea iaitu, apabila saya nak post sesuatu entri dalam FB saya, saya akan terlebih dahulu membaca Basmalah.

Dengan azam untuk memperbaiki diri, saya pun meneruskan cara ringkas ini.

Alhamdulillah, berkat Basmallah saya menemui penyelesaian.
Malahan bukannya ebook saya yang terjual, malahan jualan buku saya semakin hari semakin menjadi dan tak putus-putus terdapat pesanan.

Allah bantu saya sebenarnya...

Sekarang baru saya tahu bahawa, ayat basmalah ada maknanya iaitu AR RAHMAN dan AR RAHIM (Maha Pengasih dan Maha Penyayang).

Stok buku saya hampir sampai ke penghujungnya. Inshaa Allah, saya berazam nak tulis lagi satu buku motivasi untuk ummah di seluruh Malaysia...

*********
RAHSIA KEDUA YANG DIJUMPAI

*************

Satu lagi rahsia yang saya sedari, ialah apabila saya mempunyai anak kecil, kadangkala saya terjaga di tengah malam.
Ini memberi peluang kepada saya untuk membuat solat Tahajjud paling tidak pun sekali dalam seminggu.
Itu mungkin bilangan sangat sedikit, tapi saya percaya, Allah tahu apa isi hati saya.

Saya tak dapat membuat solat tahajjud setiap malam kerana isteri sayalah yang selalu terjaga lebih awal untuk membuat susu anak kecil dalam buaian itu.

Ada kesempatan, bila saya terjaga, saya cuba gagahkan membuat Solat Tahajud.
Berkat solat Tahajjud yang mana suatu masa dulu saya tidak mengendahkannya dan mengamalkannya, saya menemui bahawa, bilamana saya nak post sesuatu entri di FB, saya akan dengan mudah mencambahkan idea-idea saya.

Dengan izinNya, ada yang suka dengan apa yang saya perkongsikan...
Saya faham, Allah memberi ilham yang baik apabila kita mengamalkan Solat Tahajjud.

Jadi, jika pembaca nak dapatkan idea terbaik dalam posting FB, bolehlah mengamalkan Solat Tahajjud. Niatkan sesuatu yang ikhlas terlebih dahulu...

Inshaa Allah...

***************

RAHSIA SETERUSNYA

***************
Apa lagi rahsia yang saya temui dan saya merancang dalam dunia perniagaan online menjual buku adalah, saya tengah memulakan amalan Solat Hajat sebelum melakukan sebarang posting entri di FB.

Cara rohani ini saya tengah amalkan, kesannya amat memberi impak rohani kepada saya, walaupun masih tak mahir dengan solat Hajat itu sendiri.

Saya yakin, cara rohani akan membawa rezeki kepada kita...

*****************

Rahsia lain yang saya amat suka amalkan seperti yang Tuan Fathuri selalu war-warkan ialah menghubungkan silaturrahim.

Ini adalah satu perkara yang saya sedang amalkan biarpun telah lama diamalkan, saya tetap anggap masih belajar kerana, hubungan silaturrahim ini perlu diusahakan juga, mempunyai tingkatnya....

*********************

Jika tulisan ini mendapat sesuatu ganjaran, in shaa Allah, saya ingin gunakan ganjaran tersebut untuk disedekahkan kepada sekolah agama berdekatan tempat kerja saya.

Saya terfikir sesuatu, kerana saya tertanya sendiri

*********************

"kenapa ada sekolah agama yang tidak dibantu oleh mana-mana pihak tetapi mendapat sambutan ramai pelajar? dan ianya adalah berdepan sangat dengan pintu utama tempat saya bekerja"

Soalan kedua
"kenapa ada pertandingan cerita di MMR dan kenapa pula saya mempunyai kemahiran menulis?"

Soalan ketiga
"kenapa tidak saya tulis satu cerita, inshaa Allah menang, dan saya sedekahkan ganjaran hadiah kepada sekolah tersebut?"

Apapun yang pembaca dapat daripada cerita ini sebenarnya, dipermudahkan oleh yang Maha Esa. Dia Maha Memberi. Alhamdulillah, saya dapat coretkan cerita ini.....

*********************

Saya doakan untuk kemenangan cerita ini untuk saya mempermudahkan sedikit cikgu-cikgu dan murid-murid disekolah tersebut...

Saya membayangkan keceriaan cikgu yang akan menerima sesuatu yang saya impikan ini...

-Zaini Nanyan

https://www.facebook.com/zaini.nanyan.7?fref=photo

************************

ALHAMDULILLAH...!

Tuan punya cerita boleh hubungi Encik Faizul.

****************************
( Cerita yang terpilih dapat hadiah ( RM )
Sila hubungi En. Faizul ( 017-716 7383 )
dan mohon beliau transfer hadiah serta-merta ). Insya-Allah.