Cara menarik pelanggan


[ template A. I.D.A ]
Keliru macam mana nak
siapkan ayat iklan ?
Gunakan template ini.
Ada macam-macam template.
Ini template yang terbukti
berkesan untuk mempengaruhi pelanggan
untuk membeli.
Saya sendiri pakai untuk klien-klien saya.


Template A.I.D.A


A = Attraction
I = Interest
D = Desire
A = Action
A = Attraction
Tarik perhatian prospek
di bahagian headline.
Cara paling mudah,
rujuk semula ebook percuma.
Tuliskan headline berbentuk
soalan yang bertanyakan masalah pelanggan.
Contoh:
" Risau anak kena denggi ? "
" Anak dah besar, masih tak pandai baca ? "
" Malu muka banyak jerawat ? "
...dan sebagainya.


I - Interest
Selepas kita tarik perhatian,
kita tarik minat pelanggan pula.
Nyatakan perkara yang menarik
minat pelanggan untuk baca iklan anda.
Contoh:
" Cara cepat halau nyamuk, tanpa ubat nyamuk. "
" Dengan latihan 10 minit sehari, anak anda mahir membaca dalam 2 minggu. "
" Hanya sapu sebelum tidur, lepas 3 hari, jerawat kecut.insyaAllah. "
...dan sebagainya.


D - Desire
Desire bermaksud kehendak.
Di sini, masukkan ciri - ciri ayat tawaran
yang telah saya tulis dalam ebook percuma.
Paling penting,
masukkan testimoni.
Kemudian,
masukkan yang lain-lain.


A - Action
Di bahagian ini, nyatakan ayat arahan.
Ayat arahan perlulah jelas & mudah diikuti.
Contoh:
" SMS BOLA ke 0194576878 untuk diskaun RM25 "
" Untuk dapat diskaun, Whatsapp GD88 ke 0194567890 "
Semudah itu sahaja.
Tak susah, kan ?
Selamat beramal dengan template ini.
insyaAllah,
berkesan untuk mendapatkan respon.
kredit dari tuan hafiz