MENJEMPUT REZEKI DENGAN SEDEKAH

[SILAPNYA DULU]

Membaca perkongsian ustaz Fathuri membuka mata dan minda saya ttg sedekah. Sebelum tu bnyk saya belajar drp IMKK lepas. antaranya sedekah .

[Mudahnya Menjemput Rezeki

KISAH BENAR.
*****************************
Seorang pembaca buku MMR mahu cuba bisnes murtabak (bulan ramadhan) yang lepas.
Beliau target 200 keping sehari.
Strateginya.
1) Semasa buka kedai, murtabak yang panas-panas itu disedekahkan. ( 20 keping)
2) Target 200 keping dicapai.
3) Strategi ini diulang-ulang saja setiap hari. ]


Daripada kisah ini , ada saya dengar video ustaz sendiri bahawa niatnya menulis buku ini adalah untuk berkongsi dengan hanya mereka yang membaca al-quran sahaja(betulkan saya jika salah).

Ekoran daripada itu, saya ingin berkongsi dengan ramai orang ttg ilmu dalam buku ini wpun hanya buku mini. Pada sesetengah orang yg mengamalkan alhamdulillah ada hasil, malah makin bertambah, dan tak pernah susah.



Malah,ada sebaliknya. Ada yang saya hadiahkan buku mini MMR ini , tapi malangnya buku menjadi bahan seperti majalah sahaja. Mulanya agak kecewa, tetapi review semula kata-kata ustaz , saya switch. Langsung tak kecewa dengan sikap mereka , sebab Allah swt belum buka pintu hati mereka untuk membaca nya.





Wpun harga nya RM1-RM2, nilainya tiada tandingan.


Sesiapa yang belum membaca boleh mencari buku MMR. Insyaallah.

Silapnya saya sendiri suatu waktu dahulu, dapat jer habuan, pikir dah apa nk beli, malah sentiasa listkan barang nak di beli dan sanggup menabung untuk dapatkan sesuatu, langsung xder  fikir , sebahagian rezeki itu adalah milik orang lain. Malah lagi sedih teringat pada masa tu,  sentiasa tak cukup dan rasa tak senang wpun rezeki melimpah.

Sekarang, drp ilmu yang sedikit(masih menuntut) saya aplikasikan , jadinya saya kerja dalam kegembiraan tanpa tekanan. Saya tidak rasa tekanan dan rasa menyesal kehilangan sesuatu kerana saya yakin allah swt aturkan yg terbaik utk saya.

Prinsip saya, tidak tergerak satu-satu zarah melainkan dengan izin Allah swt.





Saya bukan siapa-siapa, bukan ustazah, tapi saya terus menerus belajar untuk memperbaiki diri sendiri demi keluarga dan anak-anak tercinta.





Saya doakan semua orang , dibukakan hijab untuk nampak apa yang tak nampak yang baik-baik sahaja dan keladak di kolam jiwa di bersihkan termasuk diri sendiri. Doakan saya juga ya.

Salam sayang ,
Nooraini Ali´╗┐