KASIH SAYANG

Oleh :
Datuk Dr Maznah Hamid




APAKAH MISI HIDUP MU?

Sebenarnya, setiap individu di dunia ini sedang mencari misi masing-masing. Misi membawa pengertian bahawa kita sanggup berkorban demi kebaikan dan manfaat orang lain.



Diri seseorang selalunya hanya rela berkorban sesuatu perkara yang menjangkaui kepentingan diri atau yang lebih dari diri sendiri.

Semua insan dalam sejarah manusia adalah individu yang terus berusaha untuk menawarkan kasih sayang kepada orang lain.

Mereka gunakan hayatnya yang singkat untuk berkhidmat kepada manusia. Untuk menjadi seorang yang penuh kasih sayang, kita hendaklah memupuk perhubungan kemanusiaan yang mesra dengan orang lain.






Inilah sebab kita perlu memulakan perhubungan mesra dengan setiap anggota keluarga terlebih dahulu. Dengan erti kata lain, usaha memupuk perhubungan manusia yang mesra adalah perkara yang paling penting dalam hidup seseorang .

Bila anda meneliti kembali kehebatan prestasi hidup, anda akan dapati semua kejayaan anda adalah berlaku pada orang yang anda sayangi atau pada sesiapa yang pernah anda sayangi.

Semakin banyak anda berikan, semakin banyak yang anda akan terima. Semakin banyak anda berikan, semakin banyak anda korbankan. Jika anda terus melatih diri menggunakan konsep ini , anda akan mencapai apa sahaja matlamat hidup yang anda hajatkan