Ikut poket masing-masing


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin...
Tergerak hati nak berkongsi sesuatu.
Ramai dikalangan sahabat kita pasti ada yang teruja melihat keuntungan demi keuntungan sahabat-sahabat lain kan.. Saya pun teruja juga tapi dalam masa yang sama saya buat case study.
Cuba lihat gambar yang saya share ni. Ramai orang lebih teruja dengan gambar 'poket besar' berbanding gambar 'poket kecil' sehingga terlupa ukur poket baju sendiri. Jangan kecik hati, saya tak cakap sesiapa, dulu saya pun begini. Tapi sebenarnya ROI 'Poket Kecil' lebih banyak daripada ROI 'Poket Besar'.
Tidak penting berapa modal untuk bermula. Yang paling penting kita faham bahawa memang boleh buat duit dengan saham. Bagi masa pada diri untuk faham. Kalau letak idle fund RM1000 boleh jana RM100 secara konsisten inshaAllah letak la berapa pun pasti boleh jana lebih banyak pulangan.
Sentiasa ingatkan diri supaya kita tak terover trade. Kalau banyak tu saja idle fund yg ada maka bersyukurlah. Guna apa yang ada. Ilmu pelaburan saham ini kita nak jadikan legasi untuk anak cucu.
Sekian perkongsian saya untuk hari ini 

* best ilmu yg di praktikkan insyaallah akan berhasil. 
7 ogos 2014 untung sikit RM88.59 drp MPAY-WA ;)