Cara melakar impian.

Ini di salin drp  : https://www.facebook.com/hubbulillahiyah?fref=nf

[ cara melakar impian ]

Sekarang nie sedang berlangsung sesi breathing di dalam kelas RKMJ di Menara PGRM. Sesi nie banyak bantu saya melupakan kisah pahit yang pernah berlaku dalam hidup saya dari kecil. Sekarang giliran suami plak berada dalam sesi ini. Doakan kami lebih synergy lepas nie. Kisah perubahan hidup saya sebelum dan selepas sesi breathing ada saya share sebelum ni.

Sekarang, saya nak share dengan anda semua macam mana saya lalui proses ' Minds Create Reality' dalam mencapai impian saya drngan cepat. Kali nie saya xnak share dengan cara bebelan dan penerangan yang panjang. Tapi saya nak share macam mana saya design impian saya dan melihat impian saya dengan jelas seolah-olah ianya telah tercapai dan kemudiannya betul-betul tercapai beberapa bulan selepas itu.

..............................................

Inilah life saya pada tahun 2015.

Pada tahun 2015, saya telah mempunyai seorang cahaya mata sulung kami. Alhamdulillah setelah mengalami keguguran pada tahun 2013, Allah terus memberi kami suami isteri rezeki untuk terus mendapat cahaya mata pada tahun yang sama.

Demi anugerah yang Allah kurniakan pada kami, demi masa depannya kami telah pun berpindah ke rumah yang lebih selesa. Berpindah ke rumah banglo 2 tingkat di kawasan kejiran yang lebih bersih, yang lebih selamat, yang lebih positif. Hati ibu mana yang tidak gembira bila melihat anak yang dikandung selama 9bulan 10hari membesar di depan mata. Berlari bebas di kawasan halaman rumah kami yang penuh dengan pokok-pokok yang ditanam dan disusun rapi, dengan bunyi air terjun di dalam kolam ikan kami.

Syukur Alhamdulillah di atas rezeki dan nikmat kebahagiaan yang Allah kurniakan pada saya dan keluarga. Bukan sahaja dapat melihat dan menjaga sendiri zuriat kami, tapi saya juga menjaga keramat hidup saya yang telah mengandungkan saya dan membesarkan saya menjadi insan yang cemerlang dari semua aspek.

Syukur Alhamdulillah mama memilih untuk tinggal bersama. Bila menjadi seorang ibu, melalui detik mengandung dan melahirkan barulah kita akan faham perasaan seorang ibu. Sementara usia mama masih tersisa, saya dan suami ingin mengembirakan hati mama.

Saya xsempat mengenali ibu dan bapa mertua saya. Namun, rindu dan sayang pada mereka tetap ada. Walaupun hanya mengenali mereka dari cerita saudara sebelah suami, namun ia cukup untuk melahirkan rasa sayang, hormat dan rindu. Tiap kali malam jumaat, seolah-olah rasa bertemu dan diperhatikan oleh arwah mama. Bagaikan sampai mesej arwah mama memohon agar saya terus kuat, tabah dan menjaga anak lelakinya dengan sehabis baik serta menjaga hubungan dengan keluarga suami dengan akrab dan penuh kemesraan.

Syukur Alhamdulillah. Sungguh, Allah Maha Kaya lagi Maha Pemurah. Bukan setakat diberi saya nikmat keluarga yang bahagia, rumah yang selesa tempat berteduh dari hujan dan panas, malah Allah juga memberi rezeki yang melimpah ruah dalam bisnes Nebula Horizon Sdn Bhd dan jenama MRS.

Kilang MRS telah selamat dirasmikan dan beroperasi di kawasan kilang yang telah saya idam-idamkan (kl yg betul kena bgth la kat mana lokasi yer. Nie sya rahsiakan dulu dr umum ). Dengan production produk MRSpray 5 tan VCO sebulan, produk MRSpray dikeluarkan dalam bentuk yang lebih mesra pengguna, dan juga pengeluaran 3 produk baru kami yang mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Mesin yang menghasilkan produk kamu dari awal hingga ke akhir yang berharga RM 50,000 yang saya telah lama idam-idamkan kini menjadi realiti. Berada di depan mata. Sedang berbakti dalam kilang kami. Produk kami mengalami banyak peningkatan yang membanggakan. Tiada lagi isu halal kerana pihak JAKIM sendiri telah memperakui proses pembuatan produk kami dan kilang kami telah melepasi spec yang telah ditetapkan oleh mereka.

Isu tiada no pendaftaran KKM juga telah selesai. Walaupun pihak KKM sendiri memberitahu yang produk sapu seperti kami tidak diwajibkan memohon KKM, namun kami tetap berkeras untuk mendapatkan no pendaftaran dengan KKM. Kami mahu buktikan pada semua pengguna yang produk kami sememangnya selamat dan menggunakan 100% bahan organik.

Kalau dulu produk kami tiada kotak yang cantik. Kini, kami bukan sekadar mempunyai packaging yang cantik, malah turut mengeluarkan set produk kesihatan luaran untuk memenuhi permintaan pelanggan setia kami. Tiada lagi kebergantungan pada ubatan daripada dadah, mahupun minyak-minyak yang diragui kehalalannya akibat kehadiran bahan dari babi.

Production produk kami juga makin cekap kerana kami tidak lagi menumpukan proses menampal stiker seperti sebelum ini. Jadi, tumpuan kami untuk menjaga kualiti produk, sistem agent dan marketing juga berjaya dilaksanakan. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas nikmat yang melimpah ruah ini.

.................................................................

Ini adalah sebahagian impian saya yang saya kongsikan untuk panduan anda. Disini saya ringkaskan beberapa input yang perlu ada dalam menjalani proses impian menjadi sebuah realiti.

1. Impian mestilah jelas.
Contoh : anda ingin memiliki rumah.
Nyatakan rumah jenis macam mana yang anda inginkan. Teres? Banglo? Semi D?
Rumah warna ape? Berada di mana? Bagaimana rupa halaman dan setiap ruang di dalam rumah impian anda?
Berapa kos rumah impian anda?
Bila anda ingin jadikan rumah impian anda sebagai sebuah realiti?

Impian rumah anda lagi jelas jika ada mempunyai 1 gambar rumah orang lain, ataupun anda lakar sendiri design rumah anda. Pendek kata, kalau anda pejam mata anda boleh bayangkan dan terangkan secara terperinci tentang rumah impian anda.

2. Lakarkan seolah-olah ia TELAH BERLAKU

Kalau anda perasan cara saya tulis impian saya seolah-olah saya dah dapat. Dah capai. Dah jadi kenyataan pun.

Iya. Itulah rahsianya bagaimana saya mencapai impian saya dengan cepat. Saya bayangkan seolah-olah ianya telah berlaku dan saya sedang menikmati impian saya.

Mendidik minda kita begini sangat penting. Selain daripada kita bersangka baik dengan Allah di mana Allah mengikut sangkaan hamba-hambaNya ianya secara xlangsung kita mengakui kebesaran Allah.

Mungkin pada kita ianya besar dan sukar untuk menjadi realiti. Tapi pada Allah ianya sangat simple dan kacang giler. Allah kan Maha Kaya, Maha Pemurah. Maha Besar. Jadi, mintak jela dengan Dia. Bagaimana Allah nak tukarkan jadi realiti tue toksah duk fikir. Sebab itu kerja Dia. Kita sebagai hamba buat aje kerja kita. Tup tup, sedar sedar impian kita dah jadi kenyataan!

Eh, saya bukan cakap kosong tau! Saya cakap sebab saya dah lalui proses nie. Dan dah terbukti betul dan berkesan pun.

3. Share impian anda dengan orang lain.

Ada sesetengah orang dia segan nak share impian dia. Takut dikatakan poyo, macam mat jenin la, xsedar diri la. Eh, nak share pun kena tengok orang jugak, kawan. Jangan la share dengan orang yang negatif. Cer share dengan orang yang positif, xde la kena kutuk. Diorang siap-siap doa impian kita cepat tercapai lagi adalah!

Akhir kata dari saya, selamat berimpian. Dan selamat menikmati impian anda yang telah pun menjadi realiti.
 =======================================================================

Jom sama-sama kita praktiskan . Insyaallah