PLAN JALAN UNTUK ANAK-ANAK

8 DORONGAN UNTUK SUFIYYA.
Hari ini saya buat giler. Berdiri depan sekolah, saya jerit
"Sekolah, dengar sini, kami bakal catat sejarah. Budak Melayu dapat 7A"
Piya kata,
"Papa jangan buat giler. Semalam masa papa datang ambil buku rekod, ramai bapa kawan kawan piya beritahu anak dia, itu Dato' Roslan. Mereka kenal papa"
Saya jawab, baguslah Cina kenal Melayu. Papa mahu buat piya buat papa lagi terkenal lagi. Jadi best student di sekolah ini. Kita ada 800 hari lagi.


Maka petang tadi saya duduk rancang "peta jalan" dengan Piya.
1. Mandi sebelum maghrib dan sebelum suboh.
2. Solat 5 waktu.
3. Buat kerja rumah + buat kerjarumah 5 soalan tambahan Bahasa Cina.
4. Personal Tution Bahasa Cina.
5. Matematik. Buat buat buat sampai dapat.
6. Baca Al Quran dengan papa.
7. Spelling 20 words/day. 800 days = 16,000 words.
8. Tidur jam 10.30 malam, bangun jam 5.30 pagi.


Saya tidak hadir banyak program parti. Saya tiada cita cita mahu jadi ketua. Saya akan ada waktu "perang tempur" nanti. Itu pasti, InsyaAllah.

Sekarang masa saya adalah bersama Piya. Saya menulis, dia membaca. InsyaAllah 800 hari yang menduga. Namun saya tahu ianya sungguh berbaloi.

Teman saya adalah INTERNET MARKETING sementara duduk mengajar dia segala ilmu yang ada. InsyaAllah rezeki melimpah ruah.
Dokan dipermudahkan.



https://www.facebook.com/roslan.abhamid