APA KRITERIA MOVIE BEST? (PENTING UNTUK ANDA FAHAM SURAH YUSUF)

APA KRITERIA MOVIE BEST? (PENTING UNTUK ANDA FAHAM SURAH YUSUF)
Selalunya apa kriteria movie yg best? Movie yg anda tonton berkali2 dan puji tak habis? Bagi saya, movie yang :
- hero mesti hensem tahap dewa 
- hero kalah dulu. Then last-last ia menang 
- ada sedikit adegan 'cinta & tackel- menakel'
- ada elemen keajaiban & mistik.
- ada adegan sedih yg menyebabkan habis tisu sekotak kesat airmata!
- banyak adegan thrill,
- PALING PENTING : happy ending.
Tahukah anda, semua itu ada dalam Surah Yusuf? Patutlah Allah menggelar surah ini sebagai 'ahsanal qosos' - the best story ever.
Tetapi, disebalik semua itu ada perkara lebih besar yg kita pelajari. Ia bukan setakat hiburan, debaran dan kesat air mata. Yg kita inginkan dari movie adalah kesedaran.
Dan Surah yusuf berkongsi rahsia kesedaran ini : tidak kira macammana pun kesukaran melanda, selagi hati anda berpaut dan yakin pada Ilahi, pengakhiran anda pasti happy ending.
Pasti.
Nabi Yusuf telah kongsikan tips dan teknik jalani hidup dgn hati tenang. Dikhianati, dijadikan hamba, dihina, dipenjara. Semua episod hidupnya 'down', tapi akhirnya 'up' juga. Pasti ada rahsia dan resepi ampuh yg baginda amalkan hasil dari pembelajaran Ilahi.
Baca dan cari 'power' itu. Then apply dlm hidup anda. Barulah anda mampu menangani masalah hidup secara efisien bak Nabi Yusuf juga.
Us Asraff Ayobb
Bacaan Al-Quran akan bermakna bila anda tidak membaca 'kosong'. Letakkan diri anda dlm setiap cerita/ayat yg dibaca. Fell it. Barulah anda akan menemui hikmah Al-Quran dan tidak boring membacanya. Saya bantu anda 'membuka' pintunya via www.tigaseminar.com

https://www.facebook.com/asraffayob