CHALET Terapung Seri Idaman

Antara tempat yang menjadi pilihan kaki pancing ialah Chalet Terapung Seri Idaman di Teluk Tempoyak, Pulau Pinang yang diuruskan Persatuan Nelayan Kawasan Pulau Pinang Selatan.

Persekitaran yang damai di perkampungan ­nelayan dan pemandangan mengadap Jambatan ­Sultan Abdul Halim, jambatan kedua Pulau Pinang amat sesuai untuk pengunjung bersantai sambil memancing.

Foto
CHALET Terapung Seri Idaman sesuai untuk memancing seisi keluarga.




Ketuka, gelama, sembilang dan ketam antara habuan yang bakal menanti pemancing yang menginap di sini.


Dengan menggunakan umpan udang atau umpun-umpun, pemancing tidak akan pulang dengan sia-sia.

Menurut Pengurus Besarnya, Omar Hassan, sambutan pelancong amat menggalakkan sehinggakan ada tempahan yang terpaksa ditolak.

“Kami dalam proses menambah bilik yang ada bagi menampung permintaan yang sentiasa meningkat,” katanya.

Bagi seorang tetamu, Abdul Latif Lat dari Kedah, dia teruja apabila dapat memancing ikan dan ketam bersaiz agak besar.

Ini membuatkannya merancang untuk bercuti lagi di sini di masa depan.

Di sini juga terdapat sebuah restoran makanan laut yang beroperasi dari pagi hingga ke malam yang bagi kemudahan tetamu yang menginap.

Selain untuk berehat bersama keluarga, chalet terapung ini sesuai untuk mesyuarat atau kursus kerana terdapat kemudahan sesuai itu.

Di samping menginap dan memancing, pengunjung dapat melawat destinasi ­menarik di sekitarnya seperti Akuarium Pulau Pinang dan Muzium Perang selain tempat popular lain di Pulau Pinang.