SUKA DUKA HIDUP

Seminggu berada di Kg, sangat bermakna bersama keramat hidup mak dan ayah. Banyak perkara yang membuatkan diri ini sedar. Hidup ini semuanya dalam ketentuan Allah swt.

Bila balik ke kampung, satu persatu melihat perubahan hidup orang sekeliling. Ada yang allah swt uji daripada segi kesihatan, yang dahulunya baik tiba-tiba sahaj strok. Ada yang di uiji dengan wang ringgit dsbnya.

Semuanya membuatkan diri lebih memikirkan apakah hidup hari ini aku menyumbangkan sesuatu pada orang lain? Bagaimana kehidupan 30 tahun aku akan datang?

Pada masa sama, allah swt mengajar aku erti BERSYUKUR, jika hari ini aku memutarkan stereng kereta yang lembut sahaja tanpa memerah tenaga, sebenarnya, pada masa yang sama ada orang lain yang terpaksa memerah tenaga demi memutarkan stereng kereta untuk memulakan perjalanan. Aku dan keluarga berada dalam kesenangan kesana-sini dilindungi bumbung yang menutupi kami daripada hujan. Namun, aku lupa masih ramai yang terpaksa menempuh hari-hari mereka dengan sebuah motor dengan anak-anak kecil membonceng diatasnya.
KESUSAHAN MENGAJAR KAMI ERTI LEBIH BERSYUKUR



Lupakah aku sebelum ini, banyak nikmat yang allah swt dah berikan. ? Sekadar muhasabah diri.

Apa yang membuatkan kami berfikir banyak nikmat yang allah swt bagi, apabila kami tepikan apa yang kami ada untuk merasai dunia sebenar kehidupan. Masih ramai di tahap biasa-biasa.

Namun , kami juga belajar daripada seseorang yang biasa , namun fikiran yang luar biasa suami kepada Noor Hafiza Mansor . Orang biasa berjiwa besar dan luar biasa, wpun berada di kampung nun jauh di utara, dapat kami rasakan bahawa nikmat hidup yang mereka sedang hadapi adalah kerana berbakti kepada mak dan ayah mereka.

Allah swt maha adil DIA berikan rezeki sebaiknya pada orang yang berusaha. Jika semua orang mempunyai minda dan jiwa yang besar sebegini, pasti kesusahan seperti diatas tiada lagi. Hidup bebas daripada bebanan kewangan dan juga penghargaan manusia. Kata suaminya "tak ada perkara yang nak dimalukan , yang penting usaha untuk menambah rezeki yang halal". Wpun mereka suami isteri bekerja tetap, namun usaha mereka juga diberkati dengan perniagaan. JANGAN pandang rendah pada pemandu teksi, mereka punya usaha dan kegigihan. Kita pula siapa, pernah terfikir ?

Jika selama ini kita hanya biasa-biasa, pikirkan cukupkah kewangan kita untuk mak dan ayah kita, keluarga kita dan anak-anak kita? ubah minda dengan ubah persepsi bahawa makan gaji mengkayakan kita.

waallahualam. semoga semua yang bekerja hari ini mendapat lebih rezeki daripada Allah swt.

Jika masih tercari-cari peluang berniaga, pm NANI untuk kami bantu anda.
www.rahsiaanakcerdik.blogspot.com

1000x selawat