[ RAHSIA MINDA JUTAWAN ]

[ RAHSIA MINDA JUTAWAN ]

" Kejayaan dan kelemahan orang melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita, Ia berkait rapat dengan SIKAP & CARA KITA BERFIKIR, gigih tekun dan tidak mudah putus asa adalah kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam CARA KITA BERFIKIR " - TAN SRI SYED MOKTHAR AL BUKHARI

" Memperolehi RM 1 JUTA pada usia 25 tahun bukanlah nasib. Saya belajar berkenaan kekayaan dan kejayaan sejak berusia 18tahun lagi .. pada masa itulah saya menetapkan matlamat memperolehi RM 1 JUTA. Sehingga kini sudah 10 tahun saya mendalami ilmu psikologi kejayaan " - Irfan Khairi -

" Memperolehi RM 1 JUTA dalam masa setahun bukan lah hasil usaha setahun tetapi ia adalah hasil daripada 5tahun lepas pada usia saya 23tahun didedahkan dengan cara berfikir & meletakkan mindset. walaupun dugaan saya sehingga tidak makan & tidak berduit, terpaksa melakukan apa sahaja pekerjaan asalkan ada duit ( menyanyi, driver, membasuh rumah orang dll ), Dalam masa yang sama yakin saya jadi jutawan walaupun dilabel KUAT BERANGAN. Alhamdulilah ia langsung tidak mematahkan semnagt untuk terus berusaha, meletakkan matlamat & paling penting mempunyai cara fikiran / minda jutawan. " - Ernayanee Nur Julaimi -

Ahli psikologi mengatakan, cara mudah bagi meniru jutawan ialah melalui cara meniru cara mereka berfikir & kepercayaan minda mereka berkenaan hal -hal berkaitan kejayaan & kejayaan. Ini kerana melalui pelbagai kajian dan penilitian oleh ahli-ahli psikologi dunia / ahli motivasi seperti NAPOLEAN HILL dan lain lainnya mendapati sebahagian besar jutawan di dunia berkongsi cara pemikiran yang hampir sama berkenaan persepsi mereka pada kekayaan.

Saya bantu anda bongkar bagaimana CARA MINDA JUTAWAN BERFUNGSI

- Selarikan 4 benda dalam 1 ( THE POWER OF ALIGNHMENT )
1) MINDA - minda memikirkan / membayangkan apa yg kita nak
2) HATI - cukup yakin kita dapat
3) PERCAKAPAN - semua yang dikatakan adalah positive ke arah tu
4) TINDAKAN - bertindak menuju keselarian.

Salah satu tidak selari maka agak sukar untuk anda berjaya.

Saya menggunakan keempat perkara diatas dalam kehidupan seharian saya. Dan alhamdulilah dipermudahkan segala urusan & yakin kerana ALLAH yang memberi. Oleh itu bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarnag kerana dengan sifat rasa kesyukuran insyaalah ALLAH akan tambah lagi dan lagi kepada kita.

MINDA sebenarnyer menentukan siapa kita & kelakuan kita harian.. Oleh itu kawalkan minda sebaiknya.. bila kita sudah pandai kawal , insyalah minda akan kawal segalanya dengan mudah...