MAKNA KEJAYAAN - DUNIA USAHAWAN 01/40



1. Usahawan bukanlah manusia terbaik. Usahawan tahu apa yang perlu disudahkan dan tahu juga apa yang perlu ditinggalkan separuh jalan. Apabila perkara itu utama dan bermakna, usahawan NEKAD menyudahkan apa yang dia mulakan.

2. Usahawan juga bukan manusia luar biasa. Usahawan adalah manusia biasa yang ada SDIM. Usahawan mengambil TINDAKAN POSITIF yang besar. "Massive Action Massive Result". Tindakan positif ini berlaku apabila usahawan ada "Semangat, Dorongan, Inisiatif, Motivasi".

3. Semangat boleh ditiup tiup. Namun tiupan tidak bertahan lama. Keinginan mesti datang dari dalam. Inilah bahagian terpenting. 
Namun dalam soal semangat ia tidak boleh diajar. Ia mesti dirasai. 
Emosi, Energi , Ekspresi.

4. Bahagian semangat adalah nasi atau roti. Itu kata Tuan Syaizul Amal, jutawan seawal umur 26 tahun. Makanan ruji ini penting kerana tanpa nasi dan roti sukar untuk kita rasa kenyang.Namun, nasi sahaja tidak menyelerakan. Perlu ada lauk. Lauk adalah langkah praktikal yang kita ambil dalam dunia usahawan.

5. Sekarang, kita mulakan perjalanan ini. Apakah makna KEJAYAAN? Fahami dengan jelas antara Pesona Kekayaan dengan Pesona Kemewahan. Kereta Besar, Rumah Besar, Pakaian Berjenama dan seumpamanya adalah Pesona Kemewahan. PESONA KEJAYAAN adalah apa yang kita mahukan dalam hidup ini dan sederas mana sungai pahala yang mahu kita alirkan dalam dambaan mengharapkan redha Allah SWT jua.

by :https://www.facebook.com/roslan.abhamid