BISNES ADA RISIKO RUGI BISNES BUKAN BERANI GAGAL




Kata Puan Guru : Tukar perkataan yang kita gunakan dan kita akan menukar nasib kita. Kata kata adalah DOA.

Dengar baik baik , saya catat dengan teliti.

Puan Guru kata : Dalam bisnes "Sanggup Rugi, Jangan Berani Gagal "

Dalam bidang PSIKOLOGI KEJAYAAN, ada 2 perkataan yang sangat penting dibezakan iaitu 'rugi' dan 'gagal'. Perkataan 'gagal' itu adalah suatu perkataan yang melekat pada batang tubuh orang yang gagal.

Usah sebut perkataan begini:
1. "Saya pernah gagal."
2. "Kamu telah gagal."
3. "Dia sudah gagal."
4. "Mereka gagal."
5. "Siapa yang gagal?"
6. "Orang Melayu gagal..."

Perkataan 'gagal' menjadi unsur self-definition seseorang. 

1. Kegagalan menjatuhkan maruah. 
2. Kegagalan mematahkan semangat.
3. Kegagalan mencipta rasa takut dan trauma.

Kegagalan melekat macam parut luka. Ia menjadi sebahagian sejarah psikologi seseorang. Trauma kegagalan sangat sukar dirawat.

Gagal itu adalah mental state. A state of mind sungguh merbahaya. Ia meracun jiwa dengan tidak kita sedari.

Perkataan 'rugi' adalah perkataan teknikal. Ia tidak melekat pada batang tubuh orang yang rugi. 

. "Di mana yang rugi?"
. "Berapa kita rugi?"
. "Taksir jumlah kerugian itu."
. "Apa punca kerugian?"
. "Siapa yang akan menanggung kerugian?"
. "Sudah 2 bulan kita rugi."
."Dulu rugi, sekarang untung."

.

Disebabkan kerugian adalah sesuatu yang tidak melekat pada batang tubuh orang yang rugi, kerugian mudah ditangani:

. Kerugian dapat dikurangkan.
. Kerugian dapat dipindahkan kepada pihak lain.
. Kerugian dapat dikambus.
. Syarikat yang rugi dapat dijual.
. Kerugian dapat dirancang berapa banyak kita sanggup rugi.
. Kerugian dapat ditangguhkan.
. Kerugian dapat diganti dengan pampasan.
. Kerugian dapat di-absorp.
. Kerugian dapat dilupuskan.

Jangan sekali-kali 'kerugian' disamakan dengan kegagalan. 
Jika bisnes kita lingkup, itu hanya bermakna kita 'rugi'. Kita tidak gagal.
Kita belajar bagaimana cara berniaga yang betul, yang tidak menyebabkan kita rugi. Ertinya, kita belajar daripada kerugian lalu.

DALAM BISNES, kerugian adalah risiko yang sentiasa wujud. 

Pakar-pakar pengurusan bisnes sudah mencipta pelbagai strategi bagi mengurus risiko kerugian. Sebagai contoh, para pengurus dilatih mendesain Plan A, Plan B, SWAT, critical-path-analysis dan lain-lain.
Risiko kerugian adalah sebahagian daripada sifat aktiviti berbisnes. Tidak ada jenis bisnes yang kebal-kerugian.

Fitrah itulah yang mendorong wujudnya syarikat perkhidmatan insurans. Itulah juga yang memaksa kita mencagarkan hartanah apabila meminjam wang bank. Insurans dan cagaran adalah mekanisma pengurusan risiko.




Kita perlu sanggup mengambil risiko kerugian dalam bisnes. Kita perlu belajar mengurus risiko-risiko kerugian. Apabila kita membuka bisnes, semasa mula-mula bisnes beroperasi, pelanggan belum banyak, jualan tidak dapat menampung kos, jadi pada fasa awal adalah normal syarikat menanggung 'kerugian'.

Seandainya kita tidak sanggup menanggung 'kerugian', kita tidak berani memulakan sebarang bisnes.

KEGAGALAN berbeza. Belum ada profesor bisnes yang menulis buku panduan bagaimana strategi mengurus kegagalan. Belum ada syarikat insurans yang menawarkan polisi yang meng-cover kos akibat sesuatu kegagalan dalam bisnes.

.

NOTA MALAM Puan Guru ini menyambung bicara dengan tutupan kemas bermakna>

(Perkataan 'gagal' tidak dijumpai dalam vokabulari hadith dan juga dalam khazanah kata al-Quran. Dalam al-Quran jelas disebut 'orang-orang yang rugi).

Dalam Quran, tidak ada orang yang gagal. Yang ada hanyalah orang-orang yang rugi. Allah berpesan supaya kita jangan menjadi golongan yang rugi. Di manakah rasionalnya kita mahu menjadi orang yang 'berani gagal', sedangkan golongan gagal itu tidak wujud?

"Semua orang pernah rugi. Tetapi mereka tidak GAGAL.
Never Surrender Roslan"..Bagaikan terdengar kata Puan Guru Ainon Mohd. pada telinga saya.


#umminanijuzq30
https://www.facebook.com/UmminaniJuzq30