BELANTARA BERPUAKA - DUNIA USAHAWAN 03/40

oleh : https://www.facebook.com/roslan.abhamid

1. Belantara berpuaka ini datang dalam pelbagai bentuk dan warna. Ia bakal mengusik kita tidak semena mena. Ada banyak jenis puaka yang bakal menemui kita dalam dunia usahawan.

2. Hantu pertama namanya CEPAT MENYERAH KALAH. Tidak tabah. Apabila terdengar perkataan TIDAK, maka kita terus lari lintang pukang. Hakikatnya ratib usahawan terbaik adalah TIADA ALASAN, TERUS JALAN.

3. Hantu kedua: TIDAK MAHIR MENJUAL. Inilah hantu yang membunuh ramai usahawan. Kegagalan menukar prospek menjadi pembeli. Apakah ratib untuk mengatasinya. BUANG EGO BUAT DUIT.

4. Hantu ketiga: KEHABISAN WANG. Tiada aliran tunai. Sungai bisnes berhenti mengalir. Air mula bertakung dan membusuk. Ikan ikan hutang bergelimpangan kekeringan. Ratib Usahawan adalah SUNGAI MESTI MENGALIR. BISNES TIDAK BOLEH GAGAL.

5. Hantu keempat namanya JATUH SAKIT. Kehabisan energi. Waktu itu hubaya hubayalah, usah kunjungi Bomoh Datuk Haru Biru. Teropong dia pasti berkata, kita kena buatan orang. Hakikatnya Pelaris Bisnes adalah SYUKUR, SOLAT, SUCI DIRI, SEDEKAH, SELAWAT, SENYUM dan banyak S lagi.

6. Hantu kelima: Kita mula dihinggapi rasa takut sangat pada POSMEN. Pertelingkahan undang undang dan kontrak. Cetakan halus pada kertas perjanjian tidak kita baca dan teliti. Penyakit ini dikenali sebagai TAKUT POSMEN. Ratibnya BACA CETAKAN HALUS. SIMPAN SEMUA RESIT