[ AYAT-AYAT ORANG KAYA ]

Anis Choc Moist Cake


-Syarat mencipta ayat affirmation dan matlamat -

Assalamualaikum dan selamat pagi jutawan yang dermawan semua....😊

Okay hari ni nak sambung sikit je lagi pasal 'affirmation' yang kita dah tanam dalam otak kita setiap hari tu...

Untuk nak jadikan sebagai satu habit, saya syorkan you jangan skip selama 21 hari berturut-turut membaca kata-kata affirmation ni k.

Sebab dari segi sains, sel kita sentiasa diperbaharui dalam masa 21 hari.

Dan bila 21 hari berturut-turut kita dah biasa buat affirmation ni, ia akan menjadi darah daging kita. Kalau miss sehari, you kena start kira semula kay...

Sepanjang hari, you buat je affirmation ni berkali-kali...sampai kata-kata tu semua dah melekat dalam minda kita untuk hari tersebut.

Kan saya sebut semalam you boleh create je kata-kata positif ni dari buku atau buat sendiri. Tapi kena ikut 3 syarat ni okay...

1. Kata-kata positif ni mesti dalam 'present-tense'.
Contoh: "Saya ada banyak duit". "Saya dapat banyak projek bernilai jutaan ringgit" atau ". Jangan tulis dalam "future-tense" ( eh betul ke Cikgu English? ) macam ni
" Saya AKAN ada banyak duit".

Sebab bila you cakap macam tu, bermaksud you create
di minda you yang you akan dapat banyak duit 'satu hari nanti', bukannya sekarang. Bila satu hari nanti tu?

2. Kata-kata 'affirmation' mesti dalam ayat yang positif.

Bila you sebut kata-kata affirmation, you sebenarnya memberi arahan kepada subconcsious mind you. Dan melalui beberapa pendapat sains, subconscios mind manusia tak boleh capture perkataan negatif seperti 'tak nak' atau ' jangan'.

Contoh, kalau saya suruh you " Jangan fikir tentang gajah pink itu". Apa yang you mampak di minda you? Gajah pink kan?..

Jadi, bila you create kata-kata affirmation, bunyinya akan jadi macam ni " Saya sentiasa ada banyak duit dalam bank akaun saya". Jangan buat macam ni, "Saya tak akan keluarkan duit saya dari bank akaun saya ".

Sebut dan gambarkan apa yang you nak bukan yang you tak nak kay...

3. Kata-kata affirmation ni mesti spesifik.

Ada satu cerita ni.Dia seorang tukang masak.Dia nak sangat pegi Venice. Dia faham tentang konsep 'affirmation' ni. Jadi dia start buat affirmation macam ni. " "Saya dapat satu tugasan masak di Venice." Dia selalu ulang..ulang..ulang.

Selepas 4 bulan, majikan dia hantar dia untuk tugasan memasak di salah satu karnival mewakilkan negara di Venice.

Nampak? Affirmation dan begitu juga matlamat, kita perlu set exactly atau spesifik apa yang kita nak.

Boleh boleh?..

Okay, you dah boleh start cipta kata-kata affirmation umtuk diri you sendiri ok. Satu saya nak pesan, bila sebut..sebut dari dalam sekali..Deep from your heart and soul. You kena konfiden boleh dapat. Jangan ada rasa sangsi boleh dapat ke tak..boleh dapat ke tak..Itu syarat paling utama sebenarnya kay...

Selain daripada tu serah dan tawakkal pada Allah. Jangan pikir macamana nak dapat, sebab Allah Maha Berkuasa, sekali Allah kata "KUN FAYA KUN.." maka jadilah ia...

Ok, all the best, saya doakan anda semua kaya dan berjaya.Selamat menambah nilai hidup ramai orang lagi.

 Indahnya hidup dengan beristighfar, berselawat dan bersyukur...