Ustaz Mohammad Ashraf dan DAO- BUKU BARU

Sedutan dari buku baru Ustaz Mohammad Ashraf & saya yang bakal berada di pasaran sedikit masa lagi Insha Allah:- 

"Contohnya dalam bacaan doa yang kita panjatkan ketika duduk antara dua sujud 'robbighfirli warhamni....', ia bukan doa biasa. Ia adalah rintihan pengakuan seorang hamba yang memohon belas-kasihan Tuhannya :

1.Rabbighfirli : Wahai Allah, ampuni segala dosa kesalahan hambaMu ini,
2.Warhamni : sayangi dan kasihanilah saya. Jangan Engkau jatuhkan kemarahanMu kepada hamba yang penuh dosa ini,
3.Wajburnii : Ya Allah, tampungi segala kekurangan dan tutuplah segala aib-aibku,
4.Warfa’nii : Angkatlah darjat kedudukanku agar lebih mulia dengan agamaMu,
5.Warzuqnii : kurniakan hambaMu ini rezeki yang barokah, halal dan diberkati,
6.Wahdinii : pimpinlah hambaMu ini ke jalan hidayah setiap hari,
7.Wa’Aafinii : kurniakanlah kesihatan agar mudah melakukan ketaatan,
8.Wa’fuannii : akhir sekali Ya Rahman, sudilah Engkau memaafkan daku."

#DAO

Bangkitlah untuk menguasai hidup kita. Bangkit2014.com