GEJALA GADIS 2014



SELAMAT TENGAHARI.

Semasa gambar ini di ambil, saya bersama keluarga berhenti di tepi pantai sekadar ingin menyedut udara segar dan menikmati suasana air laut di tepi pantai area Quensbay, Penang.

Semasa kami park kereta, saya dah nampak 2 org anak gadis berada di bawah pokok ini berpakaian sekolah. Pada mulanya malas nk ambik tahu, tapi bila saya ingat Prof Muhaya dalam nasihatnya selalu ckp, apa kita buat tgk fokus pada siapa, ALLAH S.W.T atau manusia. Bila saya ingt Alllah s.w.t sedang memerhati, saya terus menuju kepada adik gadis ni.

Seorang dgn kain terselak ke atas drp paha, seorang lagi duduk sambil merokok. Sedih. Dalam 2, 3 minit ..mai seorang anak lelaki dgn helmet bersembang dgn budak2 ni,sambil bertanya "awat hang tak salin baju lagi?", saya memerhati, masa ini saya terus marah budak perempuan berbaju sekolah ini. seorang dah lari, tinggal seorang shj. Bila saya tanya , awat hang tak p sekolah, katanya "mengantuk"... ya allah..alasan tak munasabah.

Saya terus minta dia tel mak dia, katanya mak kerja. kerja apa saya tanya, dia kata kerja kilang. Adik ini sambil menjawab mukanya sgt bengis... dan mmg nampak kurang ajaqnya. saya tak mampu nak berbuat apa, selepas dtg lagi sebiji motor, dia terus berlari ke motor tu dan naik motor sambil melambai kpd kami.

saya dah nasihat sebaiknya.demi agama ada yang saya perkatakan. Tapi kalau saya touch tangkap nnt lain cerita, panjang cerita pula bila ke balai.

Hakikatnya,

# sejauh mana kita dpt nak banteras zina?
# ponteng sekolah?
# kenapa anak gadis skrg sangat tak beradab?
# best sangat ker naik motor dgn jantan yang x der kerja..pas tu p melepak?
# sejauh mana kita masyarakat boleh bantu nak banteras gajala seperti ini?
# 2014 mcm ni...apa jadi zaman anak-anak kita nak membesar sehingga 2020?

banyak lagi persoalan bermain di minda.

Semoga kita semua kembali ke asas jalan agama... mencari redha Allah s.w.t dan juga mengajarkan anak-anak kita dengan adab dan asas agama secara total bukan sampingan.

Semoga aadik-adik ini akan kembali ke jalan yang benar dan Allah s.w.t akan lindungi mereka drp perbuatan zina dan maksiat berterusan.

Allah s.w.t maha ketahui. Amin